Sunday, August 14, 2011

cAnT!kKaH @kU??


Siapa yang cantik? Aku?? awak??? atau dia??? hurm menjadi seribu satu persoalan.. Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Mungkin bagi yaya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.tiada siapa yang dapat memberi definisi CANTIK dengan tepat.betul tak? masing-masing ada fahaman masing-masing. lumrah manusia di dunia. Namun kini, pada pendapat yayya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya..

PERLUKAH MENJADI CANTIK???

Hari ini kita dapat lihat pelbagai perkara dilakukan khususnya oleh kaum wanita untuk menjadi cantik. ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk pembedahan plastik, buang lemak, inject botox dan macam-macam lagi. Ada juga yang sanggup megamalkan susuk yang mana berdosa dan salah bagi orang beragama islam.semua ini kerana apa?? kerana mahu cantik. Ya, cantik itu tidak salah. tapi, biarlah bertempat. kalau mengikut kehendak hati semua perkara mahu.tapi, lihat akan kesannya. bagi orang islam merubah sesuatu yang telah dianugerahi oleh Allah adalah berdosa..


Bersyukurlah kita ini sudah dilahi sempurna anggotanya.tidak perlu mengubah apa-apa kecuali perkara itu memudaratkan atau mengaibkan kita. betul, ALLAH suka akan kecantikan. Tetapi tidak perlulah sehingga menyalahi agama dan membahayakan nyawa.Jadi, renung-renungkanlah. ALLAH dah berikan kita akal fikiran untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk..

Ingat,Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam..
kesan pembedahan plastik

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
p/s: sumber saya tahu saya tidak cantik adalah dari iluvislam.ni saja entry yaya hari ini. hope dapt kongsi info sikit. enjoy read this all my followers and readers. apa pun yaya bersyukur sangat kerana dilahirkan sempurna tidak ada cacat cela.. jadi, hargailah apa yang kita ada.. ok.. salam guys..


6 comments:

  1. yang penting hati cantik sbb muka cantik akan rosak sebab perangai :)

    ReplyDelete
  2. tq 4 ur coment.. btl tu dayah.. kecantikn dlmn lg pntg dr luaran..

    ReplyDelete
  3. hahaha, sy x pnh buat pembedahan plastik.....

    ReplyDelete
  4. cantik itu subjektif dan cantik bkn t'tumpu pd kecantikan luaran shj..kecantikan dlman lg penting :)

    ReplyDelete
  5. setiap mnusia tu dilahirkan dengan kecantikan yang tersendiri.. allah takkan mencipta sesuatu yang buruk kecuali ada sebab musababnya.. dalam dunia cume pandangan manusia yang menilai orang itu cantik atau tidak.. sedangkan jelas kite semua ada kelebihan dan kekurangan masing2.. :D

    ReplyDelete
  6. btl tu.. setiap manusia ada cantiknya... xsemestinya lahiriah yg cantik.. cantik batiniah jg penting..apepun, hidup nie perlu bersyukur...:)

    ReplyDelete