Thursday, August 11, 2011

sAh@BaT

salam.. hye followers n readers... heehhe dah 2 hari xbercorat-coret kt cnie.. semlm nk update entry sal sahabat nie tapi migrane menyerang xdapatlah nak menconteng di cnie.. ok, monster tulis entry nie sebab tetiba rasa rindu yang teramat dekat kawan2 yg tercinta... teringat kenangan2 bersama sahabat2 monster... semua orang mesti ada sahabat kan??? tapi, tahukan kita apa erti sahabat??? apa tu sahabat sejati?

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
"friends is not for today... friends is tomorow,yesterday ,n forever... true friend is when she/he wif u not for happiness but also for sadness....."

korang rasa sahabat@kawan nie kita perlu just for fun?? tym happy je perlu dorg..atau apa?? rasanya x kan.. kita perlukan sahabat@kawan@teman nie sentiasa..setiap masa.pada pendapat monster Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh saya panggil sahabat mungkin ada sorang dua. Macam mana dengan yang lain? Saya hanya boleh panggil mereka rakan sekolej ataupun rakan study dan tak lebih dari itu. Ada juga yg kawan makan kawan. Yang ini paling banyak . Nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?


Pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. Saya bagi contoh, duit. Mereka berkawan dengan anda disebabkan duit.


Kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri. Saya telah hadapi benda ini berkali kali.

Ketiga : Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.
Keempat : Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT2. korang pernah rasa? Monster pernah.


Seorang bijak pandai pernah berpesan kepada anak lelakinya : " wahai anakku sekiranya engkau rasa perlu bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yaang sifatnya seperti berikut:
1) jika kau berbakti padanya, dia akan melindungimu
2) jika kau merapatkan hubungan persahabatan dengannya dia akan berbalas balik persahabatan kamu
3) jika kau perlukan pertolongan dia akan membantu
4) jika datang satu bencana padamu dia akan meringankannya
5) dia membantumu melakukan kebaikan dan melarang melakukan maksiat
6) dia akan mendorong kejayaan mu dunia dan akhirat...

erm, sushkan nak dapat macam ciri2 di atas... tapi, insyAllah ada.. nie monster tujukan sebuah sajak khas untuk sahabat2 baik monster...

Persahabatan...
apabila dua insan bertemu,berkenalan dan bersahabat,
hubungan persahabatan mula terjalin...
siapakah dia sahabat?
ada orang berkata orang yang baik kepada kita,itulah sahabat
fikirannya, ideologinya,dan bicaranya seakan serupa dengan kita,
itukah yang dinamakan sahabat?
apakah sahabat itu sekadar teman bicara ketika suka,
tapi teman dusta ketika kita berduka?
jalan-jalan kehidupan yang kita lalui,penuh ranjau dan duri,
mencari teman sejati sebagai tempat berlindung diri,
adakala sahabat itu muncul sendiri dan tidak usah dicari lagi
tanpa kita sedari dan dugai..
seolah-olah Tuhan Yang Maha Mengetahui
mengerti dan memahami hati ini
apabila sahabat itu tidak sekadar berkata-kata manis
tapi mengotakan kata-katanya
itulah erti persahabatan yang sebenarnya...
kerana seorang sahabat setia takkan menjadi musuh dalam selimut
yang menikam dari belakang dan cuba memboikot kita
hendaklah kita beringat selalu,kerana hati manusia tiada siapa yang tahu...



video



p/s: untuk sahabat baik monster dari zmn skolah dulu ( ain,dila,azham,khir) n zmn u ( yana).. tq so much cos be my best frend.. i love all of u... i never forget bout our sweet memory.. thanks a lot.. n sorry if in not a gud frend to all of u... frend 4ever...

4 comments:

  1. dulu q blaja kat uitm araustralia jugak :)

    ReplyDelete
  2. nice share cik khainadine.Sahabat yg betul2 sahabat mmg susah nk cari, tp bile dh dpt mmg susah nk b,pisah.:D

    ReplyDelete
  3. ehehhe.. abe goreng just col me yaya.. btl3.. cri kawan yg btl2 kwn bkn lawan..

    ReplyDelete