Friday, April 8, 2011

@pA !Tu N@s! KaNgK@nG???

salam.. hye semua... uhhu.. hurm bnyk hr gak x update blog kan??? sorry la GREEN MONSTER bizi gan test yg sangat2 bnyk.. dan padat... ihhiihhi.. rini baru nak update... ase cam xde mende nk story kan??? ntah cm ne tetiba nk cite sal nasi kangkang... hahahaha.. ntah pape kan3??? tpi, korg tahu ke nasi kangkang ni ape???? xtually aq pun xtau.. ni yg search kt GOOGLE ni...

FILEM perempuan, isteri dan� lakonan pelakon Sofea Jane sedikit masa dulu menimbulkan kekecohan apabila dengan berani menunjukkan �aksi� si isteri menghasilkan nasi tangas atau lebih dikenali bahasa kasarnya, nasi kangkang. Begitupun sejauh mana amalan sihir serta khurafat ini mampu menundukkan suami atau sekurang-kurangnya disenangi orang sekeliling melihat pemakainya?

Walaupun Islam melarang, mengharamkan dan menyifatkan perbuatan itu satu dosa besar, keanehan atau apa yang dianggap kesan mujarab sesuatu amalan itu masih tetap dipraktikkan hingga ke hari ini. Jika tidak secara terang-terangan, tetapi masih ada yang melakukannya secara senyap-senyap dan larisnya seseorang bomoh selalunya hanya diketahui di kalangan kelompok yang pernah melakukan kerja berkenaan.

Seorang bomoh yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Tua ketika di temui di rumahnya di Gombak mengaku walaupun masyarakat hari ini leka kemajuan sains dan teknologi, masih ada segelintir wanita yang yang datang berjumpanya bagi minta cara-cara untuk menghasilkan nasi kangkang.

Alasan yang selalu diberikan ialah menundukkan suami liar yang selalu menimbulkan masalah dalam rumah tangga seperti `makan luar� dan hidung belang. Wanita sebegini selalunya inginkan suami yang sentiasa berada di rumah, tidak berfoya-foya dan lebih mudah mendengar arahan daripada isteri,� katanya.

Sungguhpun begitu, sejauh mana amalan berkenaan boleh menzahirkan hajat wanita berkenaan masih sukar dipastikan dengan kata-kata kerana ia diukur berdasarkan `kehebatan� bomoh berkenaan.

�Ada yang kata menjadi dan ada yang kata tidak menjadi. Itu yang sukar untuk kita pastikan, tetapi sehingga ke hari ini wanita yang menemui saya selalunya berpuashati,� katanya yang menyatakan amalan berkenaan dilakukan menerusi pembacaan ayat tertentu yang diamalkan ketika melakukan prosedur itu.

Penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya agak menjijikkan kerana untuk menyediakannya, wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu berada dalam keadaan duduk mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10 hingga 15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab.

Bagaimanapun, katanya, sebelum melakukan `kerja� berkenaan beliau akan menasihati wanita itu terlebih dulu untuk melakukan segala ikhtiar termasuk bersabar dengan kerenah suami sebelum mengamalkan nasi kangkang kerana tahu ia bukanlah cara terbaik `menundukkan� suami, lantaran ia mungkin menyebabkan kesan sebaliknya seperti suami menjadi bodoh atau tidak betul.

�Perkara yang dibantu oleh syaitan seperti ini selalunya menjadi, khususnya membabitkan pasangan yang masing-masing cetek ilmu pengetahuan agamanya. Walaupun dalam beberapa kes ada suami yang menjadi bodoh akibat makan benda yang kotor, kadangkala itulah yang isteri inginkan iaitu suami yang mengikut telunjuk kata,� katanya.

Beliau juga tidak menafikan kesan sihir yang dilakukan bomoh boleh mendatangkan kesan sebaliknya seperti suami membenci isterinya dan mungkin ia dikaitkan dengan melanggar pantang larang oleh wanita berkenaan seperti larangan makan makanan tertentu dan sebagainya.

Bagaimanapun Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata nasi kangkang hanyalah nama yang digunakan masyarakat kurang terpelajar kerana ia tidak memberikan sebarang kesan.

Katanya, sekiranya berkesan kepada suami yang di bomoh itu, ia hanyalah dikaitkan dengan kesan psikologi individu berkenaan saja yang percaya kepada keberkesanannya menerusi apa yang diperkatakan oleh masyarakat sekeliling mengenai kehebatan ilmu dan pengamalnya itu.

�Kalau dalam psikologi sosial, ia sama seperti kesan `brain wash� yang mana boleh mempengaruhi kita kalau selalu dikatakan tangas ia meninggalkan kesan hebat. Antara syaitan dan manusia adalah dua perkara yang berbeza dan hanya Allah yang membenarkan ia terjadi dan sebaliknya.

�Orang selalu gunakan Islam untuk menjadikan asas menunjukkan syaitan itu ada kesan terhadap manusia sedangkan tidak. Sekiranya kita percaya terkena sihir, dan berubat menerusi cara berbomoh tadi, maka dikhuatiri kita akan terjebak juga akhirnya, dalam lingkungan tidak bertepi tadi.

�Kalau kita menjadi was was terhadap pasangan kita sama ada dibomohkan secara senyap dan sebagainya, yakinkan saja tidak ada apa yang mampu memberi kesan kepada manusia dalam dunia sekarang kecuali dengan pertolongan Allah. Hanya dengan kekuatan diri dan percaya kepada Tuhan, kita mampu mengatasinya. Sebagai manusia saya juga mengharapkan kita jangan terlalu menggambarkan benda itu sampai berlebihan, sebaliknya lebih rasional dalam sebarang perkara,� katanya.

Hingga ke hari ini belum pernah ada satu garis panduan terhadap amalan ini dilakukan, mungkin kerana tiada bukti yang dapat menerangkan kesannya menjadikan ia bukanlah satu topik yang mendapat perhatian sewajarnya, dan yang pasti ia tidak dapat dibuktikan dengan sains dan teknologi menjadikan ia berlalu begitu saja atau bergerak perlahan tanpa diendahkan.
nasi kangkang dikatakan di buat didalam periuk tnh

amalan sihir yg dilarang oleh ISLAM

Nasi kangkang @ nasi tangas adalah adalah amalan khurafat segelintir masyarakat melayu . Pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke neraka jahanam . Oleh itu jauhilah ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun.

FIlem perempuan,isteri dan... dari malaysia telah menimbulkan kekecohan kerana telah menunjukkan aksi si isteri menghasilkan nasi 'tangas' atau lebih dikenali bahasa kasarnya nasi 'kangkang'.Begitupun sejauh mana amalan sihir ini mampun menundukkan si suami atau disenangi orang sekeliling melihat si pemakainya?
Walaupun islam melarang dan mengharamkan amalan ini tetapi masih ada segelintir yang merasakan ianya berkesan lalu mengamalkannya.Dan ini juga telah melariskan bomoh bomoh juga perkara sebegini biasanya dilakukan secara senyap senyap , hanya golongan tertentu sahaja tahu perbuatan terkutuk ini.

Walaupun zaman telah berubah dengan teknologi yang semakin canggih tetapi masih ada segelintir yang mengamalkan amalan ini dan mempercayai akan keberkesannya.Biasanya siisteri melakukan amalan sebegini semata mata untuk menundukkan si suami supaya dapat mengikut segala kemahuan nya, dan keberkesannya amalan ini bergantung kepada hebatnya seseorang bomoh itu dan bukan hanya bergantung pada satu pihak sahaja. Walaupun ianya masih lagi wujud amalan ini tetap dilarang didalam islam.

Kisah isteri mengunakan ilmu hitam untuk menundukkan suami dalam Harian Metro baru-baru ini sedikit menakutkan kaum lelaki yang bergelar suami. Perkara sedemikian sudah lama berlaku dalam masyarakat kita. Kerana kepercayaan syirik terhadap kehebatan bomoh-bomoh ilmu hitam ini, ramai Isteri yang lupa diri dan Allah.

Nasi kangkang biasa kita dengar, kali ini kisah isteri gunakan najis yang dicampurkan dengan makanan suami pula. Tergamak dia buat begitu pada suami. Saya tak nafikan bahawa suami juga kadang kala buat silap, begitu juga isteri. Kita manusia biasa, milik Allah. Ada masalah rujuklah Allah, kenapa nak cari bomoh.
Masyarakat kita kini semakin ramai yang mengaku Islam tapi tak percaya pada Allah, tak percaya Allah mampu makbulkan doa hambanya, tak yakin Allah boleh bantu selesaikan masalahnya, maka bomohlah tempat mereka mengadu.
Firman Allah yang tafsirnya :
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); “Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” – (Surah al-Baqarah : ayat 186)
Selain mengundang syirik, ia juga merosakkan hubungan kekeluargaan. Apa guna ada suami yang tunduk kerana ilmu guna-guna ini. Mungkin suami itu akan tunduk pada apa sahaja yang isteri kehendaki, tapi lama kelamaan akan bosan juga sebab suami macam robot jer.
Isteri tidak boleh terlalu taksub untuk kuasai suami, kerana sampai masanya Allah akan panggil dia juga. Yang tinggal nanti adalah dosa-dosa yang harus dijawab oleh si Isteri dihadapan Allah kelak. Bayangkan azab Allah diakhirat nanti. Kerana inginkan kebahagian dunia, kebahagian akhirat lebur begitu sahaja.
Gunakanlah doa sebagai senjata, sesungguhnya hamba yang rapat dengan Allah dan sering berdoa akan disantuni juga akhirnya. Kalau mahu tundukkan hati suami, maka mintalah pada Allah yang mencipta dan pemilik sebenar suami itu. Begitu juga suami yang ingin merebut hati Isteri.
Kita sendiri pun, kalau nak buah mangga yang tumbuh ranum di laman jiran kita, pasti kita akan temui tuannya dan minta izin. Jadi begitulah hubungan kita pada Allah bila inginkan sesuatu.
FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” – (Surah Ghafir: ayat 60)
Demikian juga yang diberitahu oleh Rasulullah;
“Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemurah, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepadaNya lalu Dia mengembalikan (tidak menerima) kedua tangannya (doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.” – (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
.
hurm.. serba sedikit sal nasi kangkang ni... aq pun xthu ape sbb tulis sal ni.. tpi, jus sbgi iktibar kpd kita umumnya umat Islam tentg amalan2 sihir dan syirik ni dan khasnya kpd kaum2 wanita.. jauhilah amalan2 khurafat ini... sekian.. semoga kita hidup dalam kehidupan yg dirahmati ALLAH.. amin...

No comments:

Post a Comment