Tuesday, March 22, 2011

K@U mEmBuAt D!r!Ku MeNdErIta...




hye guyz.... uhhuhuhu.. jgn slh tafsir wif my title today k... aq bkn menderita wif Love k.. xtually i menderita tatkala MIGRAINE menyerangku... uhuuhhu...i sendri xthu bile leh kena sakit ni.. tpi dh lame dh.. juz bila masuk u mkin menjadik2 ha.. skunk mkin rmi yg i ase dpt sakit ni.. even man also have it... so, here, i'll tel lil bit bout MIGRAINE...


Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.
Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami
Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.
Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.
Common Migraine
Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.

Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (
inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:
1) Pemakanan

Pengambilan makanan yang mengandungi
monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.
2) Hormone

Bagi perempuan, turun naik
hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.
3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.


Macamana nak tahu ada migraine? Okay ini adalah gejala ataupun symptom migraine:
  1. Sakit kepala yang berdenyut-denyut, lazimnya hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja. Mengikut pengalaman I, I selalu diserang pada kepala kiri. Kesakitannya agak teruk, kadang-kadang terasa di belakang biji mata atau di belakang kepala ataupun di bahagian tengkok. Selalunya kesakitan berpanjangan selama 6-48 jam. I selalu kena dalam 24-30 jam.
  2. Rasa mual dan sometimes muntah.
  3. Rasa sejuk, letih dan kebas-kebas.
  4. Sensitif terhadap cahaya ataupun bunyi bising.
  5. Berpeluh-peluh.
Bagi sesetengah pesakit migraine, termasuk diri I sendiri, terdapat “aura” iaitu tanda-tanda amaran bahawa migraine akan mula menyerang. Contohnya, pandangan menjadi kabur, ternampak garisan zigzag ataupun kelihatan bintang-bintang di mata. Kalau I dah dapat tanda macam ni, jangan harap I akan keluar rumah.
Migraine akan menyerang apabila:
  1. Tekanan-tekanan emosi ataupun tekanan fizikal.
  2. Makanan – Coklat, makanan yang mengandungi MSG (monosodium glutamate), makanan yang mengandungi tyramine seperti ayam, kekacang.
  3. Daging yang mengandungi nitrates seperti sosej dan salami.
  4. Bawang besar, mentega kacang, produk susu.
  5. Persekitaran – bau-bauan seperti minyak wangi, bunyi bising, missed meals, pertukaran masa tidur, pertukaran hormon seperti haid dan hamil, merokok atau asap rokok.
cara mengurangkan migraine:

Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.

heeheheh.. datz all from me... juz an ifo 2 all my fwenz... nk kngsi2 le gn org yg de sakit ni.. SAMELAH KITER.. hihihih... hopez sakit ni kan hlng... amin...

No comments:

Post a Comment