Wednesday, December 14, 2011

HaRi !nI d@LaM sEjArAH

Assalamualaikum..


Hari ni 2x yaya update.. nak tau kenapa??? sebab yaya tengah geram..tengah panas hati ni dengan SANG POLIS TRAFIK(bukan semua..yg saman yaya tadi je) 
petang tadi lepas balik dari study kat libry yaya balik rumah sewa.. ajak rumate pergi beli barang dapur sebab dah habis..memang plan dari semalam lagi.. so, kitaorang pun pergilah...dah puas and cukup beli(penuh moto...macam pergi gan kereta)..hhehehe banyak jugalah kami membeli and belah..kih3.. so, jam pun dah 6.30+++ nak cepat..nak balik tengok cite faveret kitaorang satu rumah 'TENTANG DHIA'... so, bawalah moto yaya...sampai je simpang betul depan KLINIK KG.GIAL...(otw jalan ke rumah kitaorang).. ada roadblok polis.. ok, fine diaorang tahan..berenti jelah.. nak takut apa ic..lesen..roadtax semualah lengkap.. lagipun dah berapa kali JPJ tahan time roadblok tak ada pa.. entah macam mana kali ni yaya DI SAMAN!!

SARJAN SAMAN: minta lesen...belajar lagi? orang mana???
YAYA: ya study..orang kedah..
SARJAN SAMAN: ni no.plat depan fancy..salah di sisi undang-undang ni..
YAYA: (blurr sat)..erm,tapi memang dari saya beli moto di kedai keluar hari tu memang no.plat macam ni
SARJAN SAMAN: alah, kedai kalau kita minta macam mana design dia bagi je
YAYA: (aku mana reti make-up moto..tak da minta pun...dlm hati..) erm, saya tak tahulah.. memang macam ni..abang saya tak ada minta pun masa beli..
SARJAN SAMAN: nanti bayar dekat balai terdekat ya.. (cabut satu huruf[L] sebagai bukti katanya)..
YAYA: Baru ni JPJ tahan tak saman pun.. tak cakap apa pun...
SARJAN SAMAN: Diaorang tak perasaan kot(bagi resit saman)
YAYA: (macam tu plak..dlm hati..pnas and pelik je).. belah camtu ja..

korang, serious yaya tak puas hati.. pelik pun ada.. dah 3 tahun guna moto ni tanpa tukur plat tu.. tak pernah kena saman..even JPJ punya spotcek.. argh!! geram!! 

 ni moto kesayangan yaya... dah 3tahun guna..banyak berjasa..dah merata dia bawa yaya pergi.. abang yaya guna pergi sampai ke mana tak pernah pun kena saman...hurm.. im very2 sad!!

KCL 3296 (sekarang hilang L)












@gA!n... mY bRa!n

Assalamualaikum....

wow! i miss my blog like crazy frog!! ehehee macam biasa lah kesibukan yang melanda membuatkan diri yaya tak sempat nak meng"UPDATE" blog HIJAU nie... ok, sebenarnyer entry kali nie nak post sal jadual final je.. lain kali yaya update lagi...

4/1/12=CTU553 (2.15-4.15pm)
5/1/12=AGR424 (9.00-11.00am)
10/1/12=AGR402 (9.00-11.00am)
14/1/12=AGR458 (9.00-11.00am)
18/1/12=AGR452 (2.15-4.15pm)
20/1/12=CSC405 (2.45-4.45pm)

huhuhu.. see yaya punya shcedule..alhamdulilah ada jg gap untuk otak bernafas.. hehehe 6 subjek tuk final sem ni.. sem depan hahahah nantikan la..

p/s: yaya ucapkan GUD LUCK tuk semua followers, kawan2 yang nak final dah.. doakan kejayaan yaya juga... ENJOY!!!











Thursday, December 8, 2011

LaFaZ yAnG tErS!mPaN

ASSALAMUALAIKUM...

yaya tengah bersedih.. tak tahu nak nukilankan macam mana...tapi, lirik lagu kumpulan nasyid UNIC nie macam ada kaitan je.. so, yaya post la entry ni... sorry guys...

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu

Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan

Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

p/s: kalau korang nak dengar lagu dia cari lah di utube ok.. hope enjoys!!

Tuesday, December 6, 2011

! LoVe U... !'LL mArRy U... ! JaNj! ! bErTaNgGuNgJaWab

Assalamualaikum...

hye guys... hurm.. hari nie yaya baca berita..entah kenapa banyak sangat berita yang menyayat hati yaya...sedih..kecewa...kesian..semua adalah.. Disebabkan yaya tengah ada masa sikit sebab rehat kejap dari manghafal-hafal nota yaya pun nak bercorat-coretlah di tanah kedamaian ni... korang rasa yaya nak tulis tentang ape??? hurm.. sekali lagi perkara yang yaya nak tulis nie adalah sebagai nasihat kepada yaya dan semua orang(khususnya kaum sejenis yaya)... bukan apa sebagai peringatan..sudah lumrah kita manusia ni kadang-kadang terleka dan alpa...

CINTA... lima perkataan yang memang menjadi satu perasaan yang akan hadir dalam setiap diri seseorang itu... tidak kira kecil,tua atau muda..berlainan agama mahupun bangsa...setiap hamba ciptaan ALLAH s.w.t akan memiliki perasaan ini... tetapi, perasaan ini yang kita tahu adalah perasaan yang indah mampu merosakkan hidup kita.. hal ini kerana cinta itu menyebabkan seseorang itu boleh mengadai maruahnya,keluarga,bangsa, agama dan negara...

CINTA mampu merosakkan hidup seseorang lebih-lebih lagi kaum wanita... hari ini kita dapat lihat di dada-dada akhbar begitu banyak kisah yang semuanya bermula dengan CINTA... ya, CINTA itu tidak salah..yang salah adalah kita manusia yang tidak tahu untuk menjaga dan menguruskan perasaan cinta yang mana boleh membuatkan hidup seseorang itu musnah...

CINTA si teruna dan dara yang boleh membawa ke lembah maksiat sehingga membawa kepada kes pembunuhan dan sebgainya..Berita-berita di akhbar tempatan berkenaan isu pembuangan bayi, keterlanjuran gadis dan masalah sosial di kalangan remaja agak merunsingkan. Statistik menggambarkan betapa seriusnya krisis itu. ini semua bermula dengan CINTA..kita tidak menyalahkan cinta..tetapi remaja itu sendiri.. Fokus kita bukan sekadar menyalahkan remaja perempuan. Ia juga membabitkan lelaki yang tidak bertanggungjawab meragut kesucian wanita. Namun, kita cuba mengatasi detik bagaimana wanita begitu mudah terpedaya pujuk rayu lelaki.

Mereka akhirnya terpaksa menanggung beban hamil anak luar nikah, ditinggalkan lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab, maka anak tidak bersalah itu dibuang begitu saja. Pengharaman pembuangan bayi jelas bagi kita.

Yaya bukan hendak menyalahkan sesiapa tetapi sebagai peringatan.. ya, lelaki sangat pandai bermain kta..berjanji itu dan ini..inilah yang dikatakan CINTA ITU BUTA...tetapi salah ungkapan itu..CINTA tidak buta..manusia yang punya rasa cinta itu yang buta sehingga membawa maslah kepada dirinya sendiri... sebagai remaja, yaya mempunyai ramai kawan-kawan yang mana kebanayakkanya sekarang berada di alam PERCINTAAN... yaya tidak halang dan tidak pula melarang cuma yaya ingin mengingati rakan-rakan termasuk diri yaya walau sayang bagaimanapun kita pada si dia JAGALAH MARUAH... ia mahkota bagi kita.. jangan biarkan nasi menjadi bubur..ketika itu, sudah tidak bermakna apa-apa lagi.. menangis air mata darah pun tiada guna...

CINTA itu boleh...mungkin satu hari yaya pun akan bercinta macam kamu semua.. tapi, ingat ada batas-batasnya.. yang penting ingatlah CINTA PADA ILAHI ADLAH CINTA YANG KEKAL...


Renung-renungkan dan selamat beramal...

p/s: Hanya sekadar peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan... hope enjoy!!! maaf jika ada kesalahan dalam entry ini.. niat yaya hanya sebagi peringatan...salam sayang semua...


Monday, December 5, 2011

KaU aNuGeRah BeRh@rGa LaG! bErNiLa!

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulilah...yaya masih berkesempatan untuk menulis pada hari nie... hari tu kita sambut MAAL HIJRAH..hari nie dah 10 muharam pun.. ada ke followers atau readers yg berpuasa hari nie??? kalau ada alhamdulilah.. semoga setiap ibadah yang kita jalankan mendapat berkat..amin..so, berbalik pada tajuk hari nie... emm mesti semua tertanya tanya apa cerita di sebalik tajuk tersebut... tiada kaitan dengan hati dan perasaan ye.. hehehe i means LOVE... no3...

Maksud yaya anugerah yang berharga itu adalah MATA.. ya, kita semua dianugerahi sepasang mata... betul tak MATA adalah sangat berharga pada kita... tanpa mata kita tidak dapat melihat apa yang kita nampak sekarang.. bersyukurlah kita yang dianugerahi mata... ada di kalangan kita yang tidak dapat merasai kenikmatan untuk melihat... tapi, itu semua kehendaknya.. Ketahuilah bahawa sepasang mata dijadikan oleh Allah SWT untuk kita mempunyai banyak faedah sama ada di dunia mahupun di akhirat.

MATA punya banyak faedah.. jadi, kita wajar menggunakan anugerah ini sebaik mungkin... antara cara kita menggunakan MATA ialah melihat Al-Quran, melihat jalan ke masjid dan ke tempat menuntut ilmu. kita patut menggunakan MATA untuk melihat pekara yang baik dan menghindari dari melihat perkara yang dilarang ALLAH.. contohnya, memelihara dan mengawasinya daripada melihat setiap yang haram seperti melihat perempuan yang lain selain isterinya, hamba sahaya dan muhrimnya, dan juga melihat remaja yang muda belia umpama melihat aurat lelaki dan seumpamanya. Oleh sebab itu, hendaklah sentiasa mengawasi mata kita daripada melihat dan memerhatikan setiap yang haram tersebut.

hal ini kerana ALLAH telah berfirman:

"Katakanlah wahai Rasulullah kepada orang-orang yang beriman lelaki, "Hendaklah mereka memejamkan (menahan) pandangan matanya (melihat yang terlarang yang tidak harus kamu melihatnya) dan memelihara kemaluan mereka (jangan berzina dan pasti mereka menjaga kemaluan mereka daripada perlakuan sedemikian) itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat (sama ada zahir maupun batin mereka akan diberi balasan atas perbuatan mereka itu)".

Ayat tersebut mengajar kita agar berkelakuan baik di samping memberitahu dan menimbulkan rasa takut kita untuk melakukannya. Kita diajar supaya sentiasa beradab dalam apa jua situasi.

"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, pasti mereka menahan dan memejamkan pandangan mata mereka daripada melihat sesuatu yang terlarang dan tidak halal dipandang".

Allah SWT menyuruh hambaNya supaya berkelakuan baik iaitu mengawasi matanya daripada memandang yang haram dan menjaga kemaluannya daripada yang tidak halal.

Oleh sebab itu, wajib ke atas setiap hambaNya menjunjung perintah Tuhannya, dan jika tidak sudah pasti ia akan berkelakuan jahat dan memang wajarlah ia dimurkai dan diseksa.

"Menahan pandangan mata dan menjaga kemaluan itu adalah lebih suci bersih bagi mereka".

Allah SWT mahu hambaNya memejamkan mata dan memelihara kemaluan untuk mensuci bersihkan hati daripada segala dosa dan untuk memperbanyakkan lagi sesuatu amalan yang baik.

Sementara menimbulkan rasa takut (menakutkan), Allah SWT berfirman, "Sesungguh Allah Taala Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat sama ada zahir mahupun batinnya".

Allah SWT akan membalasnya apabila ia berkelakuan baik, pasti ia akan diberi balasan pahala, kesenangan syurga. Sebaliknya jika ia memiliki kejahatan, pasti Ia akan dibalas dengan balasan seksa dan api neraka berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ghafir (Al-Mukmin) ayat 19 :

"Dia (Allah Taala) mengetahui (pandangan) mata yang khianat (pandangan yang terlarang seperti melihat wanita yang bukan muhrim) iatu mata itu mencuri memandang kepada yang haram dan terlarang. Dia mengetahui apa-apa yang disembunyikan oleh hati yang bercita-cita sama ada untuk melakukan kejahatan mahupun kebaikan".

Nabi SAW juga ada bersabda :

"Sesungguhnya memandang ke tempat yang elok (yang mengghairahkan) daripada tubuh badan perempuan itu umpama anak panah yang beracun daripada segala anak panah iblis (yang amat cepat merosakbinasakan seseorang).

Maka sesiapa yang meninggalkannya kerana berasa takut kepada Allah Subhanallahu Taala, nescaya Allah Subhanallahu Taala mengurniakannya rasa kesedapan amal ibadat yang menggembirakannya (yang menyukakan hatinya)".

Hadis di atas diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Hudzaifah RA dengan menghukumkan sanadnya itu adalah sohih.

Sabda Nabi SAW :

"Bagi setiap anak Adam (manusia) itu ada bahagianya daripada zina. Maka kedua-dua mata itu berzina dan berzina kedua-duanya. Memandang ke arah yang tidak harus (haram) dipandang. Dan kedua-dua tangan itu berzina dan berzina kedua-duanya menampar (menerkam) pada bahagian yang terlarang.

Dan kedua-dua kaki itu berzina dan berzina kedua-duanya berjalan ke tempat yang haram. Mulut itu berzina dan zinanya mengucup yang tidak halal dikucup. Hati itu yang ada keinginan dan cita-cita dan membenarkan yang sedemikian itu oleh kemaluan (faraj) untuk melakukan perbuatan zina atau mendustakannya (tercegah daripada keinginan untuk melakukannya".)

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Baihaqi daripada Abi Hurairah RA. Hadis tersebut membuktikan bahawa punca berlakunya zina itu adalah daripada pandangan kedua-dua mata.

Firman-firman serta hadis di atas menunjukkan bertapa pentingnya kita memelihara mata... ia merupakan amanah ALLAH kepada kita hambanya...oleh itu, kita perlulah menjaga mata kita sebaik-baiknya...

ok, ni saja entry untuk hari ini..yaya nak sambung study balik.. korang semua doakan yaya ye.. final yaya dah dekat.. yaya takut and risau..semoga hidup kita diberkati..erm, nanti yaya update lagi k.. sekadar berkongsi maklumat... hope enjoy!!!

THANKS FOR READING!!

Saturday, December 3, 2011

!KhLaS

Assalamualaikum...

salam rindu kepada semua rakan2 follower.. maaflah dah lama juga tak menulis di laman hijau nie... last update masa MALAYSIA menang bola hari tu je.. bukan apa yaya sibuk sangat.. so im very sorry my dear... tapi, sebelum pape yaya happy sangat sebab projek breed valanga yaya dh berjaya.. dah ada baby dah... suka3!! eheheheh ok2, kita kembali pada tajuk ok.. pasal valanga tu nanti yaya buat entry khas...

ikhlas... hurm pekara yang sangat susah untuk kita tahu.. semua orang boleh cakap..." weh, aku ikhlas la.... i ikhlas sayangkan u(pasangan kapel).. saya iklahs derma untuk rumah anak yatim tu"... tahukah kita sejauh mana keikhlasan seseorang itu??? mampukah kita nak menilai??? tahukah kita ciri-ciri orang yang ikhlas bagaimana?? ya, kita tidak dapat mengukur sejauh mana keikhlasan seseorang itu..

Ikhlas bermaksud, menumpukan niat bagi setiap kerja ibadat atau amalan semata-mata kerana Allah dan untuk Allah. Ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas sudah tentulah bersih hati daripada unsur riya', nifaq dan ‘ujub. Terdapat beberapa ayat al-quran yang menerangkan tentang ikhlas..

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dalam mengikhlaskan agama (ibadah) kepada-Nya”. (Surah al-Zumar:11); Katakanlah: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepada-Nya”. (Surah Az-Zumar:14);Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepada-Nya. (Surah al-Bayyinah : 5).

ikhlas ini hendaklah ada pada diri kita tidak kira apaun pun yang kita lakukan... ikhlas menjalankan setiap ibadah.. setiap apa yang kita lakukan hendaklah mempunyai niat yang ikhlas... Tanpa keikhlasan takkan bererti apa-apa amal seorang hamba. Tidak akan ada nilainya di sisi Allah jika tidak ikhlas dalam beramal.

CIRI-CIRI ATAU TANDA-TANDA HAMBA YANG IKHLAS..

. Senantiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, baik dalam keadaan sendiri atau bersama orang banyak, baik ada pujian ataupun celaan. Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Orang yang riya memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin bergairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”

Perjalanan waktulah yang akan menentukan seorang itu ikhlas atau tidak dalam beramal. Dengan melalui berbagai macam ujian dan cobaan, baik yang suka maupun duka, seorang akan terlihat kualitas keikhlasannya dalam beribadah, berdakwah, dan berjihad.
Al-Qur’an telah menjelaskan sifat orang-orang beriman yang ikhlas dan sifat orang-orang munafik, membuka kedok dan kebusukan orang-orang munafik dengan berbagai macam cirinya. Di antaranya disebutkan dalam surat At-Taubah ayat 44-45, “Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya.”
2. Terjaga dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia atau jauh dari mereka. Disebutkan dalam hadits, “Aku beritahukan bahwa ada suatu kaum dari umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang beterbangan. Mereka adalah saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang jika sendiri melanggar yang diharamkan Allah.” (HR Ibnu Majah)
Tujuan yang hendak dicapai orang yang ikhlas adalah ridha Allah, bukan ridha manusia. Sehingga, mereka senantiasa memperbaiki diri dan terus beramal, baik dalam kondisi sendiri atau ramai, dilihat orang atau tidak, mendapat pujian atau celaan. Karena mereka yakin Allah Maha melihat setiap amal baik dan buruk sekecil apapun.
3. Dalam dakwah, akan terlihat bahawa seorang dai yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan terealisasi di tangan saudaranya sesama dai, sebagaimana dia juga merasa senang jika terlaksana oleh tangannya.
Adalah wajib kita mengerjakan amal ibadat dengan ikhlas dan hendaklah sentiasa sedar, bahawa tergeraknya hati dan anggota kita mengerjakan ibadat itu adalah di bawah taufik dan hidayah Allah Taala. Dengan hal yang demikian, amalan kita, insya Allah, akan diterima dan disempurnakan pahlanya oleh Allah Taala. Sebaliknya, jika kita tidak ikhlas mengerjakan ibadat dan merasakan segala tindak-tanduk mengerjakan amalan yang baik itu adalah berpunca daripada diri kita sendiri, maka kita terjatuh ke dalam riak dan ujub. Riak, ujub dan nifaq itu membinasakan amal ibadat yang berkenaan; sedangkan ikhlas sering menjernihkan kekeruhan segala amalan, menghapuskan ingatan dan keinginan kepada segala kesukaan dan kesenangan (kepentingan nafsu sendiri) dan mengekalkan perhubungan dengan Allah Taala, terutama kalau kikhlasan itu ikhlas beramal. Selain itu ikhlas juga menjadi benteng untuk mempertahankan diri daripada godaan atau tipu daya syaitan.


p/s: sama-sama kita renungkan untuk kehidupan masing2... yaya bukan nk jadi ustazah kt sini.. sekadar berkongsi...

wassalam... ada masa yaya update lagi ye... hope enjoyzzz

Monday, November 21, 2011

AuUm!! HaRiMaU mEnGaUm Di BuMi GaRuDa



Assalamualaikum....

wah, hari ni yaya bangun pagi rasa excited.. hahahaah tapikan, suara agak serak.. kenapa??? jeng3.. gara-gara bersorak MALAYSIA vs INDONESIA semalam... pergh!! sangat semangat yaya dengan kawan-kawan rumah sewa... bersorak... serius masa mula-mula nak marah..xpuas hati semua.. pemain indon banyak berlakon jer... asyik jatuh.. huhhu.. gol indon pertama buat yaya and kawan-kawan satu rumah sedih dah.. tapi, still jerit.. hahaah

alhamdulilah.. akhirnya MALAYSIA gol!!

debaran sangat terasa saat MALAYSIA seri dgn indon... sampailah ke penalti... sangat takut.. boleh sakit jantung ooo..

alhamdulilah... MALAYSIA menang!! AUUUM!!

MALAYSIA BOLEH!!
HARIMAU MENGAUM DI SELURUH ASIA!! DI TANAH MALAYSIA!!

TAHNIAH MALAYSIA!!

TERIMA KASIH KEPADA PEMAIN-PEMAIN MALAYSIA KERANA MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA!!!


MUKA KEGEMBIRAAN PEMAIN-PEMAIN



SAAT-SAAT KEMENAGAN

BARISAN-BARISAN HARIMAU MALAYA!!

Thursday, November 3, 2011

ConGrAtE u GuYs!!

Assalamualaikum.....

guys,i miss my GREEN LAND soooooooo much... erm, hari nie yaya penat sanagt2.. yela semalam baru balik trip ke PERAK and CAMERON HIGHLANDS 3 hari 2malam.. sangat penat.. tapi, awal pagi lagi dh online.. tahu kenapa??? 4 NOV 2011... result budak2 diploma keluar.. kenapa yaya excited?? bukan xcited.. tapi just nak kongsi kegembiraan bersama kawan2. yela, kalau yaya tak buat dgree lagi hari nie pun hari keramat buat yaya juga...

so, alhamdulilah.. kawan2 ramai yang happy... status di facebook semua berkisarkan tentang result.. so, yaya nak ucapakan tahniah kepada semua yang berjaya..kepada yang kurang berjaya takpe, sem depan usaha lagi.. SETIAP MANUSIA MAMAPU BERJAYA...JANGAN BERPUTUS ASA..

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KAWAN2 YANG POINTER NAIK AND DEAN LIST...TERUTAMANYA kawan2 BATCH 73... TUMPANG GEMBIRA DENGAN RESULT KORANG... AND TAHNIAH KEPADA KAK MIRA JUGA SEBAB DAPAT DEAN LIST...sem depan bagi DL lg ye..
to my lalply small t-rex ATHIRAH LIYANA...TAHNIAH!! sebab dah buat yang terbaek even kita tak dapat study sama2.. gud luck.. sem depan usaha lagi..bagi DL ok!! doakan yaya juga...JANGAN SEDIH2...


TAHNIAH SEMUA!!!!!!!!!!!!









Friday, September 30, 2011

RaReLy UpDaTeD!

Assalamualaikum....

1st of all yaya nak mohon maaf kepada semua kawan2 and folower2 yaya... im so sorry... dah lama tak updated...dah lama tak blokwalking kat blog korang.. sebenarnya yaya sibuk sangat.. almaklum kehidupan baru dah bermula... dah tak boleh nak main2.. banyak benda nak buat... ini pun yaya ambil masa kejap tuk nukilan dekat sini... sementara menunggu journal untuk asgmint and proposal yaya yang bertimbun2 tu... yaya tak sempat nak updated sangat.. dalam kotsak fikiran nie macam2 yaya nak coretkan dekat sini.. tapi masa tak mengizin kan.. nanti yaya akan updated lagi ok.. natikan yaya nak bercerita tentang assigmen yaya breed valanga...nak tahu apa tu??? wait n see ok...

ok, tu je mampu nak tulis.. c u soon!!!!

~ wink3 <3 ~

Friday, September 9, 2011

mY sTuDeNt L!fE bEG!n...

assalamualaikum...

yaya minta maaf sangat sebab banyak hari menyepi.. yaya sibuk..tengok sajelah tajuk entry kali nie kan..yes, my student life begin.. again.. lepas 4 bulan bercuti panjang yaya kini kembalik ke alam nyata.. hehe.. alam yang akan buat yaya sibuk...so, lepas nie jaranglah yaya menconteng di TANAH HIJAU ini..berMUKA BUKU..almaklumlah dah start study nie banyak keje.. tak boleh main-main dah.. tambahan yaya sekarang dah buat degree beban study tu makin banyak lah kan..


Apapun, doa-doakan yaya dapat buat yang terbaik semester ini.. yaya bersyukur sebab degree pun yaya sambung dekat campus yng sama masa dip dekat UiTM PERLIS.. alhamdulilah.. boleh jumpa kawan2 BATCH 73 lagi..yang penting dekat..so, yaya pergi kampus merempit.. hehehe.. kali nie yaya tak duduk kolej tau.. sebab budak degree tak ada penempatan kolej.. so, yaya terpaksalah menyewa... alhamdulilah dah dapat rumah sewa.. yaya menyewa dengan lecrer yaya...rumah tu tak dalah jauh.. ada dalam 10 minit nak ke kampus.. ok lah kan?? harga pun ok la...rumah pun ok.. best la..
so, bila dah start student life nie yaya dah tak boleh main-mainkan?? kena strugle la..kena ingat apa impian..apa matlamat yang betul..harap yaya dapat buat yang terbaik.. kawan-kawan semua doakanlah..erm, okla nie je yang termampu yaya nak nukilankan kat sini.. take care semua.. and kepada kawa-kawan yang akan mulakan kehidupan sama mamcam yaya GOOD LUCK AND ALL THE BEST!!!!

p/s: sorry entry yg paling ringkas yaya pernah tulis.. hope enjoy


~ wink3 <3 ~


Sunday, September 4, 2011

HaPpY b!RtHdAy To YoU...


assalamualaikum...

hye2..hello2.. eheheh erm, follower-follower semua sihat ke?? macam mana pulang ke kampung beraya?? happy?? meriah??? ya, entry kali nie memanglah bukan nak bercerita tentang raya lagi...tapi entry khas untuk ATHIRAH LIYANA BT MAT SAIHAN... siapakah dia??? hehe dia nie adalah my laplay small t-rex.. apa tu??? sebenarnya yana(panggilan manja la konon) nie cosmate,classmate,romate yaya la.. al, dulu ada yaya tulis entry pasal dia.. xingat?? ha, ambik ni pic dia.. tengok sampai ingat...
nie lah yana..cantek kan??



haha ingat tak?? ha, xingat juga lantak kome la.. 3/9/11 adalah ulang tahun kelahiran yana yang ke 20.. haha dah tua dah.. so, sebab tengah cuti raya yaya buatkan entry nie sebagai ganti hadiah.. heheeh.. hadiah betul tu ada ke?? yang tu tunggu lah yaya balik u nanti ok.. apa pun yaya ucapkan :

HAPPY BIRTHDAY YANA!! MAY ALLAH BLESS U AND HAPPY ALWAYS!!


Jangan nakal-nakal.. balik u nanti kita boleh jumpa.. insyAllah boleh la nak celebrate bersama.. and yaya wish good luck for final.. erm, lagi ea?? semoga cepat grad.. cepat kawin dgn encik footbaler ko tu.. dah umur 20 tahun dah.. dah boleh jadi bini org dah.. mak orang pun dah boleh.. heheeh apapun, semoga happy and panjang umur..semoga persahabatn kita kekal..tu aje entry kali nie.. yaya ada keja nak buat..
LOVE U SMALL T-REX!!
FROM: YAYA MONSTER!!

cake dalam gmbo je mampu..hehehe

~ wink3 <3 ~

Friday, September 2, 2011

rEuN!oN + RaYa w!Th 5S2 2008


Assalamualaikum.....

Hye my followers and readers... sorry u all sebab yaya lambat updated entry nie.. eheheh kesibukan melanda lagi.. kalai nie sibuk siapakan barang nak balik u.. my student life begin... ok lets continue with my entry.. yaya tulis entry nie khas untuk my special event pada raya ke-3 (1/9/11).. gathering with my former classmate 5S2... event nie our monitar f5 yg uruskan(AZHAM)... dia xcited sangat nak buat reunion class kitaorang.. alhamdulilh..tercapai juga..
we are together

Reunion kitaorang buat dekat KFC BALING je.. nak buat jauh nanti lagilah takut tak da yang dapat pergi.. almaklumla time raya.. event tu sepatutnya start pukul 11.30.. tapi AZHAM nie yang tinggal kat PENANG lewat..jalan jem.. biasalah raya-raya kan.. hehe.. dah dekat pukul 1 ptg cam tu barulah start.. yang dapat hadirkan diri just beberapa kerat ja.. sedih siot..tapi, takpelah..insyAllah ada masa boleh buat lagi kan..
lepak and makan tym...

lincin kami makan..hehe

we all lepak-lepak..bercerita pasal hal study masing-masing..tempat study...hahaah hal cinta-cintun pun ada.. wa-wah, meriah aje walaupun bape kerat je.. yang tak boleh blah ada ke patut cite pasal cikgu-cikgu.. ahahah agak-agak kitaorang cakap sal apa??? kutuk??? hehehe LU FIKIRLAH SENDIRI... lama giler we all lepak.. dah lah cakap-cakap KEY EL... huuhuh saja main-main kan..yela, sebab ramai yang study sebelah selatan ke atas.. tapi, tak adalah lupa diri kan..

sambil lepak tu we all makan-makan.. dekat pukul 2 ptg dah baru we all gerak pergi raya rumah nik..one of my classmate.. dia tak join dekat kfc..so, alang-alang rumah dia dekat we all yang ada pergilah rumah dia..dila pula terpaksa balik awl sebab parents dia masuk wad kena denggi..si anis ada hal..
berbaju pepel(dila) n pink(anis)

dekat rumah nik yaya and kawan-kawan buat riuh.. ahahah giler ar tak malu kan..hihihi..sambil tu makan lontong.. sedap...terbaek la!!! nanti nak lagi la.. tapi, yaya makan sikit je.. full tank sudah!! wink3.. lepas tu we all berposing pula dekat rumah nik.. and then gerak pergi rumah yaya.. si majdi and azham masing-masing dah tak sabar nak makan biskut cornflakes madu and moist choclate cake...
berposing di rumah nik(berbaju biru+hitam)


hahaha...hari nie hari yang sangat penat..tapi, happy and best sangat...yela dapat jumpa kawan-kawan.. dekat 2 tahun juga tak berjumpa.. apapun, thank u pada semua yang hadir pada hari tu.. sudi datang rumah yaya...we all spend tym together..BEST!!! next tym jumpa lagi.. ok, nie je entry tuk kali nie...ENJOY!!

p/s: kpd kawan2 yang otw balik ke u masing2 berhati2 k..

~ wink3 <3 ~

Thursday, September 1, 2011

E!d MuBaRak 20011


Assalamualaikum..

hye semua... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR n BATIN... alhamdulilah.. dah masuk raya yang ke-4 kita semua umat islam beraya.. yang balik kampung tu ramai yang dah nak bertolak balik ke tempat masing-masing.. sama juga pelajar-pelajar yang bercuti raya.. semoga semua berthati-hati di jalan raya.. emm.. apa pun sorry lah dah raya ke 4 baru dapat update entry tentang raya nie.. yelah sibuk kan menziarahi saudara mara, rakan-rakan..layan tetamu..heheeh


macam biasa yaya dan family sambut raya sederhana saja.. yelah tak perlu membazir kan.. pagi raya semua pergi bersolat sunaT di surau dekat dengan rumah.. lepas tu sesi bermaaf-maafan dan berposing..eheheh then, baru pergi ziarah kubur arwah abah, atok and tokwan yaya.. lepas tu barulah beraya ke rumah saudara terdekat dahulu. dah jam 12 baru balik ke rumah.. selesai sudah ziarah family sebelah mama.. balik rehat kejap gerak balik ke kampung arwah abah.. walaupun arwah abah dah 4 tahun tak de kitaorang satu family still balik kampung bila time raya.. hubungan silaturahim tak pernah putus.. lama juga beraya di kampung sebelah abah.. dari pukul 1 sampai pukul 4 petang.. sangat penat.. sudah la yaya yang drive.. hehe.. lepas tu balik kerumah lepas asar sambung balik beraya dengan nenek-nenek sedara sebelah mama.. yang nie sampai dekat magrib.. lepas tu rehat.. hehehe sambung raya ke-2..

raya ke-2

bangun pagi-pagi pergi market.. nak tahu kenapa? hehe semalam ramai mesej nak datang rumah.. so, mau masak laksa maaa.. pergilah cari ikan, laksa and bahan-bahan yang patut.. hari raya ke-2 agak penat dari semalam tambah pula yaya di serang selsema,batuk, sakit tekak and ulser mulut.. nasib baik tak teruk.. yaya boleh lagi masak laksa and layan kawan-kawan yang datang beraya.. apapun, thanks to my frends khir,shamsul and kawa2 dia, jenni,kanch and azwa.. heheh happy sangat korang sanggup datang walau rumah jauh.. petang tu pula mak long, maksu pak jang and mak jang bersama anak-anak mereka sampai dari KEY EL gitu.. hehehe sampai malam baru diaorang balik.. memang penat sangat.. malam tu tidur tak sedar diri kerana kepenatan.. hehehe

ok, nie aje rasa nya update entry kali nie.. yaya nak cite raya ke-3 dgn entry yang baru sebab sangat special and happy!! enjoy!! pepun, scroll down and tengok pic yang yaya sempat snap..




















~ wink3 <3 ~

Monday, August 29, 2011

a!DiLfItR! mEmBuKa TiRa!


assalamualaikum...

syukur alhamdulilah.. ramadan dilalui dengan lancar.. dapat menunaikan ibadat puasa dan tarawih dengan baik.. tibanya aidilfitri terasa juga sedih kerana RAMADAN yg mulia melabuhkan tirai.. entah sempat atau tidak berjumpa di tahun hadapan.. semoga umur panjang...untuk bertemu lagi dengan RAMADAN..semoga ini bukan RAMADAN TERAKHIR...


ok2.. bila dah nak sambut aidilfitri esok kompem hari nie semua umat islam sibuk buat lemang lah, ketupatlah, dodol lah, rendang lah dan macam-macam lagi.. same with my family.. semua adik beradik balik berkumpul.. jadi inilah masanya nak buat ketupat and rendang.. tahun ni tak buat lemang.. just ketupat palas.. korang tahu tak balut ketupat palas?? heheeh alhamdulilah yaya tahu la jug buat.. berkat belajar dari arwah nenek yaya.. erm, sedih pula cakap pasal nenek.. tahun nie pertama kali beraya tanpa nenek. so, this year ketupat dan rendang handmade by my mum, maklong, chu and me..

pukul 8 pagi dah mula dah buat persiapan.. mula dengan mesin kelapa untuk santan ketupat and rendang.. lepas tu balut ketupat and buat rendang ayam.. yaya pula tak menang tangan dengan tempahan kek yang dekat 10 biji.. lepas sebiji sebiji.. pukul 6 dah baru siap semua.. lepas tu sibuk dengan hidangan berbuka pula.. hari terakhir berbuka makan nasi je.. yang speselnya ada ikan bakar and air asam.. yaya buat tau.. soooodappp!! melotup gitu!! heheeh



Ketupat palas & rendang ayam





kek-kek yang di tempah




Hidangan berbuka...

+
air asam + ikan bakar


..




huhuhu.. meriah kan??? family yaya xbesar mana pun.. cam ni lah tiap tahun..lepas berbuka.. solat..semua tunggu depan tv.. tnggu pengistiharan raya.. lepas tu apa lagi.. MERCUN + BUNGA API time lah..hihii


tepat jam 8.05 mlm.. jeng..jeng..jeng... diumumkan ESOK 30/8/11 RAYA!! horeyy!! apa lagi jom!!






eheheh meriah gitu.. almaklum bunga api n mercun free..


p/s: heheeh dats all untuk entry nie.. mata dah gantuk.. badan pun penat.. tunggu entry sal sambutan raya plak k.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR N BATIN TO ALL MY FOLLOWERS AND READERS!!


~ wink3 <3 ~

Friday, August 26, 2011

BaGa!MaNa HaRuS kU LuPaKaN d!RiMu???

assalamualaikum...

Hye guys... sorry hari nie tepat jam 8.45 malam yaya baru ada masa untuk mengupdated my laply GREEN LAND... yaya busy sikit buat biskut raya.. moden ada tradisional pun ada.. insyALLAH before raya yaya tulis entry tu ok.. sebenarnya mood time tulis entry nie adalah sedih+kucewa+terseksa= mencuba untuk melupakan someone... macam mana ye korang kalau nak lupakan someone tu?? someone yang pernah korang sayang sangat... yaya tengah berusaha dah nie.. yaya tahu ramai di luar sana tak tahu macam mana cara nak lupakan seseorang yang kita sayang kan??? so, sini yaya nak kongsi tips dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.. jom, kita baca..


Motivasi Tip melupakan seseorang yang istimewa
(Bersama: Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)

YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.

Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.
Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan. Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH. “Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia. Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru. Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.


- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.
- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.
- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.
- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.

itulah sedikit sebanyak tips yang yaya dapat dan boleh kongsikan dengan korang semua.. mana tahu ada juga yang tengah dalam keadaan seperti yaya.. apa pun, doakan yaya agar dapat menerim apa yang terjadi dengan redha..doakan yaya berjaya melupakan dia.. semoga dia bahagia bersama insanyang tersayang..


~Duhai WANITA,..andai hidup tak dihadiri lelaki...xbererti diri xdiingini...usah bimbang kerana cinta Allah itu pasti...Allah memelihara hati dan jiwa daripada dikecewakan dan didatangi penyakit riak..dekatkan diri pada Illahi..pasti cinta sejati kau temui...usah berharap cinta insan yang kau sendiri tidak pasti...diamkan lelaki yang kau sukai...berdoa pada Illahi.InsyaAllah,kau pasti di cari...JAGALAH ALLAH,ALLAH PASTI MNJAGAMU~
~ wink3 <3 ~