Monday, December 5, 2011

KaU aNuGeRah BeRh@rGa LaG! bErNiLa!

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulilah...yaya masih berkesempatan untuk menulis pada hari nie... hari tu kita sambut MAAL HIJRAH..hari nie dah 10 muharam pun.. ada ke followers atau readers yg berpuasa hari nie??? kalau ada alhamdulilah.. semoga setiap ibadah yang kita jalankan mendapat berkat..amin..so, berbalik pada tajuk hari nie... emm mesti semua tertanya tanya apa cerita di sebalik tajuk tersebut... tiada kaitan dengan hati dan perasaan ye.. hehehe i means LOVE... no3...

Maksud yaya anugerah yang berharga itu adalah MATA.. ya, kita semua dianugerahi sepasang mata... betul tak MATA adalah sangat berharga pada kita... tanpa mata kita tidak dapat melihat apa yang kita nampak sekarang.. bersyukurlah kita yang dianugerahi mata... ada di kalangan kita yang tidak dapat merasai kenikmatan untuk melihat... tapi, itu semua kehendaknya.. Ketahuilah bahawa sepasang mata dijadikan oleh Allah SWT untuk kita mempunyai banyak faedah sama ada di dunia mahupun di akhirat.

MATA punya banyak faedah.. jadi, kita wajar menggunakan anugerah ini sebaik mungkin... antara cara kita menggunakan MATA ialah melihat Al-Quran, melihat jalan ke masjid dan ke tempat menuntut ilmu. kita patut menggunakan MATA untuk melihat pekara yang baik dan menghindari dari melihat perkara yang dilarang ALLAH.. contohnya, memelihara dan mengawasinya daripada melihat setiap yang haram seperti melihat perempuan yang lain selain isterinya, hamba sahaya dan muhrimnya, dan juga melihat remaja yang muda belia umpama melihat aurat lelaki dan seumpamanya. Oleh sebab itu, hendaklah sentiasa mengawasi mata kita daripada melihat dan memerhatikan setiap yang haram tersebut.

hal ini kerana ALLAH telah berfirman:

"Katakanlah wahai Rasulullah kepada orang-orang yang beriman lelaki, "Hendaklah mereka memejamkan (menahan) pandangan matanya (melihat yang terlarang yang tidak harus kamu melihatnya) dan memelihara kemaluan mereka (jangan berzina dan pasti mereka menjaga kemaluan mereka daripada perlakuan sedemikian) itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat (sama ada zahir maupun batin mereka akan diberi balasan atas perbuatan mereka itu)".

Ayat tersebut mengajar kita agar berkelakuan baik di samping memberitahu dan menimbulkan rasa takut kita untuk melakukannya. Kita diajar supaya sentiasa beradab dalam apa jua situasi.

"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, pasti mereka menahan dan memejamkan pandangan mata mereka daripada melihat sesuatu yang terlarang dan tidak halal dipandang".

Allah SWT menyuruh hambaNya supaya berkelakuan baik iaitu mengawasi matanya daripada memandang yang haram dan menjaga kemaluannya daripada yang tidak halal.

Oleh sebab itu, wajib ke atas setiap hambaNya menjunjung perintah Tuhannya, dan jika tidak sudah pasti ia akan berkelakuan jahat dan memang wajarlah ia dimurkai dan diseksa.

"Menahan pandangan mata dan menjaga kemaluan itu adalah lebih suci bersih bagi mereka".

Allah SWT mahu hambaNya memejamkan mata dan memelihara kemaluan untuk mensuci bersihkan hati daripada segala dosa dan untuk memperbanyakkan lagi sesuatu amalan yang baik.

Sementara menimbulkan rasa takut (menakutkan), Allah SWT berfirman, "Sesungguh Allah Taala Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat sama ada zahir mahupun batinnya".

Allah SWT akan membalasnya apabila ia berkelakuan baik, pasti ia akan diberi balasan pahala, kesenangan syurga. Sebaliknya jika ia memiliki kejahatan, pasti Ia akan dibalas dengan balasan seksa dan api neraka berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ghafir (Al-Mukmin) ayat 19 :

"Dia (Allah Taala) mengetahui (pandangan) mata yang khianat (pandangan yang terlarang seperti melihat wanita yang bukan muhrim) iatu mata itu mencuri memandang kepada yang haram dan terlarang. Dia mengetahui apa-apa yang disembunyikan oleh hati yang bercita-cita sama ada untuk melakukan kejahatan mahupun kebaikan".

Nabi SAW juga ada bersabda :

"Sesungguhnya memandang ke tempat yang elok (yang mengghairahkan) daripada tubuh badan perempuan itu umpama anak panah yang beracun daripada segala anak panah iblis (yang amat cepat merosakbinasakan seseorang).

Maka sesiapa yang meninggalkannya kerana berasa takut kepada Allah Subhanallahu Taala, nescaya Allah Subhanallahu Taala mengurniakannya rasa kesedapan amal ibadat yang menggembirakannya (yang menyukakan hatinya)".

Hadis di atas diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Hudzaifah RA dengan menghukumkan sanadnya itu adalah sohih.

Sabda Nabi SAW :

"Bagi setiap anak Adam (manusia) itu ada bahagianya daripada zina. Maka kedua-dua mata itu berzina dan berzina kedua-duanya. Memandang ke arah yang tidak harus (haram) dipandang. Dan kedua-dua tangan itu berzina dan berzina kedua-duanya menampar (menerkam) pada bahagian yang terlarang.

Dan kedua-dua kaki itu berzina dan berzina kedua-duanya berjalan ke tempat yang haram. Mulut itu berzina dan zinanya mengucup yang tidak halal dikucup. Hati itu yang ada keinginan dan cita-cita dan membenarkan yang sedemikian itu oleh kemaluan (faraj) untuk melakukan perbuatan zina atau mendustakannya (tercegah daripada keinginan untuk melakukannya".)

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Baihaqi daripada Abi Hurairah RA. Hadis tersebut membuktikan bahawa punca berlakunya zina itu adalah daripada pandangan kedua-dua mata.

Firman-firman serta hadis di atas menunjukkan bertapa pentingnya kita memelihara mata... ia merupakan amanah ALLAH kepada kita hambanya...oleh itu, kita perlulah menjaga mata kita sebaik-baiknya...

ok, ni saja entry untuk hari ini..yaya nak sambung study balik.. korang semua doakan yaya ye.. final yaya dah dekat.. yaya takut and risau..semoga hidup kita diberkati..erm, nanti yaya update lagi k.. sekadar berkongsi maklumat... hope enjoy!!!

THANKS FOR READING!!

No comments:

Post a Comment