Saturday, August 13, 2011

SeLaS!H oH sElAs!H




hye guys... i miss my blog.. walaupun sehari xmenconteng di cnie dah rindu.. hehhe sebenarnya yaya xada idea nak updated tentang apa... sampailah yaya mesej degan kawan tetiba dia cite tentang selasih yang boleh di buat ubat cuci buah pinggang ( thanks to Sakinah give me the idea..) so, yaya pun search la kat google sal SELASIH.. rindu pula dekat subject BASIC LANDSCAPE yg yaya belajar masa sem 2.. kena ingat n hafal nama2 scientific poko2 nie.. hehehe

erm, jap2 yaya nak tanya korang tahu x rupa pokok selasih cm ne?? pernah tengok?? sebenarnya yaya pun xpernah tengok.. baru je tengok dekat google..hehehe tapi, yaya rasa kebanyakan kita pernah kowt minum selasih..tapi, ramai yang xsuka sebab rupa dia ada yang kata seperti "Telur Katak".. selalunya biji selasih nie orang campur dengan air sirap.. rasa2 korang pernah minum ??? ha, xpe kalau xingat.. korang scroll down tengok pic die ok.. pokok selasih
biji selasih
sirap selasih

ok, lets story....
Selasih atau nama saintifiknya Ocimum Sanctum mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi bagi kaedah perubatan ayurveda yang berasal dari India. Ia dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini.Daun selasih juga enak dijadikan ulam selain dari mempunya nilai perubatan yang tinggi. Cara pembiakannya adalah melalui keratan batang dan biji benih.Selasih merupakan satu darpadai spesies tumbahan yang secara umumnya di kenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. Ia telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak pati. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika. Selasih sememangnya terkenal di India kerana mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi bagi kaedah perubatan ayurveda. Ia dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini. Daun selasih juga enak dijadikan ulam selain dari mempunya nilai perubatan yang tinggi. Biji benih selasih juga banyak digunakan dalam masakan itali dan barat.Terdapat banyak kegunaan selasih yang tidak diketahui umum..
Kegunaan perubatan:
1. merawat demam. Dipercayai boleh meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit. 2. Meredakan muntah-muntah dan loya. 3. Mengubat kecacingan. 4. Boleh digunakan sebagai antiseptic. 5. Digunakan juga sebagai analgesic(ubat tahan sakit). 6. Menolong untuk memperkuatkan hati. 7. mengurangkan ketegangan(stress) dan tekanan. 8. Sebagai ubat batuk. 9. sebagai herba pencuci darah. 10. Boleh digunakan untuk melegakan penyakit kurap(ringworm) dan boleh di tampal pada luka(setelah dihancurkan) untuk melegakan luka. 11.Biji selasih boleh menghaluskan kulit wajah 12.boleh juga untuk menghilangkan sakit gigi dan sakit kepala.

Itulah serba sedikit maklumat tentang selasih yang mana juga boleh dikenali sebagai ubatan herba. so, bagi yang geli nak minum air biji selasih lepas nie dekat2 kan lah ye.. banyak khasiat untuk kesihatan yg ada pada biji selasih.. hope, dapat la sedikit info.. enjoy!

5 comments: