Wednesday, December 14, 2011

HaRi !nI d@LaM sEjArAH

Assalamualaikum..


Hari ni 2x yaya update.. nak tau kenapa??? sebab yaya tengah geram..tengah panas hati ni dengan SANG POLIS TRAFIK(bukan semua..yg saman yaya tadi je) 
petang tadi lepas balik dari study kat libry yaya balik rumah sewa.. ajak rumate pergi beli barang dapur sebab dah habis..memang plan dari semalam lagi.. so, kitaorang pun pergilah...dah puas and cukup beli(penuh moto...macam pergi gan kereta)..hhehehe banyak jugalah kami membeli and belah..kih3.. so, jam pun dah 6.30+++ nak cepat..nak balik tengok cite faveret kitaorang satu rumah 'TENTANG DHIA'... so, bawalah moto yaya...sampai je simpang betul depan KLINIK KG.GIAL...(otw jalan ke rumah kitaorang).. ada roadblok polis.. ok, fine diaorang tahan..berenti jelah.. nak takut apa ic..lesen..roadtax semualah lengkap.. lagipun dah berapa kali JPJ tahan time roadblok tak ada pa.. entah macam mana kali ni yaya DI SAMAN!!

SARJAN SAMAN: minta lesen...belajar lagi? orang mana???
YAYA: ya study..orang kedah..
SARJAN SAMAN: ni no.plat depan fancy..salah di sisi undang-undang ni..
YAYA: (blurr sat)..erm,tapi memang dari saya beli moto di kedai keluar hari tu memang no.plat macam ni
SARJAN SAMAN: alah, kedai kalau kita minta macam mana design dia bagi je
YAYA: (aku mana reti make-up moto..tak da minta pun...dlm hati..) erm, saya tak tahulah.. memang macam ni..abang saya tak ada minta pun masa beli..
SARJAN SAMAN: nanti bayar dekat balai terdekat ya.. (cabut satu huruf[L] sebagai bukti katanya)..
YAYA: Baru ni JPJ tahan tak saman pun.. tak cakap apa pun...
SARJAN SAMAN: Diaorang tak perasaan kot(bagi resit saman)
YAYA: (macam tu plak..dlm hati..pnas and pelik je).. belah camtu ja..

korang, serious yaya tak puas hati.. pelik pun ada.. dah 3 tahun guna moto ni tanpa tukur plat tu.. tak pernah kena saman..even JPJ punya spotcek.. argh!! geram!! 

 ni moto kesayangan yaya... dah 3tahun guna..banyak berjasa..dah merata dia bawa yaya pergi.. abang yaya guna pergi sampai ke mana tak pernah pun kena saman...hurm.. im very2 sad!!

KCL 3296 (sekarang hilang L)












@gA!n... mY bRa!n

Assalamualaikum....

wow! i miss my blog like crazy frog!! ehehee macam biasa lah kesibukan yang melanda membuatkan diri yaya tak sempat nak meng"UPDATE" blog HIJAU nie... ok, sebenarnyer entry kali nie nak post sal jadual final je.. lain kali yaya update lagi...

4/1/12=CTU553 (2.15-4.15pm)
5/1/12=AGR424 (9.00-11.00am)
10/1/12=AGR402 (9.00-11.00am)
14/1/12=AGR458 (9.00-11.00am)
18/1/12=AGR452 (2.15-4.15pm)
20/1/12=CSC405 (2.45-4.45pm)

huhuhu.. see yaya punya shcedule..alhamdulilah ada jg gap untuk otak bernafas.. hehehe 6 subjek tuk final sem ni.. sem depan hahahah nantikan la..

p/s: yaya ucapkan GUD LUCK tuk semua followers, kawan2 yang nak final dah.. doakan kejayaan yaya juga... ENJOY!!!











Thursday, December 8, 2011

LaFaZ yAnG tErS!mPaN

ASSALAMUALAIKUM...

yaya tengah bersedih.. tak tahu nak nukilankan macam mana...tapi, lirik lagu kumpulan nasyid UNIC nie macam ada kaitan je.. so, yaya post la entry ni... sorry guys...

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku

Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu

Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara

Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan

Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan

Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

p/s: kalau korang nak dengar lagu dia cari lah di utube ok.. hope enjoys!!

Tuesday, December 6, 2011

! LoVe U... !'LL mArRy U... ! JaNj! ! bErTaNgGuNgJaWab

Assalamualaikum...

hye guys... hurm.. hari nie yaya baca berita..entah kenapa banyak sangat berita yang menyayat hati yaya...sedih..kecewa...kesian..semua adalah.. Disebabkan yaya tengah ada masa sikit sebab rehat kejap dari manghafal-hafal nota yaya pun nak bercorat-coretlah di tanah kedamaian ni... korang rasa yaya nak tulis tentang ape??? hurm.. sekali lagi perkara yang yaya nak tulis nie adalah sebagai nasihat kepada yaya dan semua orang(khususnya kaum sejenis yaya)... bukan apa sebagai peringatan..sudah lumrah kita manusia ni kadang-kadang terleka dan alpa...

CINTA... lima perkataan yang memang menjadi satu perasaan yang akan hadir dalam setiap diri seseorang itu... tidak kira kecil,tua atau muda..berlainan agama mahupun bangsa...setiap hamba ciptaan ALLAH s.w.t akan memiliki perasaan ini... tetapi, perasaan ini yang kita tahu adalah perasaan yang indah mampu merosakkan hidup kita.. hal ini kerana cinta itu menyebabkan seseorang itu boleh mengadai maruahnya,keluarga,bangsa, agama dan negara...

CINTA mampu merosakkan hidup seseorang lebih-lebih lagi kaum wanita... hari ini kita dapat lihat di dada-dada akhbar begitu banyak kisah yang semuanya bermula dengan CINTA... ya, CINTA itu tidak salah..yang salah adalah kita manusia yang tidak tahu untuk menjaga dan menguruskan perasaan cinta yang mana boleh membuatkan hidup seseorang itu musnah...

CINTA si teruna dan dara yang boleh membawa ke lembah maksiat sehingga membawa kepada kes pembunuhan dan sebgainya..Berita-berita di akhbar tempatan berkenaan isu pembuangan bayi, keterlanjuran gadis dan masalah sosial di kalangan remaja agak merunsingkan. Statistik menggambarkan betapa seriusnya krisis itu. ini semua bermula dengan CINTA..kita tidak menyalahkan cinta..tetapi remaja itu sendiri.. Fokus kita bukan sekadar menyalahkan remaja perempuan. Ia juga membabitkan lelaki yang tidak bertanggungjawab meragut kesucian wanita. Namun, kita cuba mengatasi detik bagaimana wanita begitu mudah terpedaya pujuk rayu lelaki.

Mereka akhirnya terpaksa menanggung beban hamil anak luar nikah, ditinggalkan lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab, maka anak tidak bersalah itu dibuang begitu saja. Pengharaman pembuangan bayi jelas bagi kita.

Yaya bukan hendak menyalahkan sesiapa tetapi sebagai peringatan.. ya, lelaki sangat pandai bermain kta..berjanji itu dan ini..inilah yang dikatakan CINTA ITU BUTA...tetapi salah ungkapan itu..CINTA tidak buta..manusia yang punya rasa cinta itu yang buta sehingga membawa maslah kepada dirinya sendiri... sebagai remaja, yaya mempunyai ramai kawan-kawan yang mana kebanayakkanya sekarang berada di alam PERCINTAAN... yaya tidak halang dan tidak pula melarang cuma yaya ingin mengingati rakan-rakan termasuk diri yaya walau sayang bagaimanapun kita pada si dia JAGALAH MARUAH... ia mahkota bagi kita.. jangan biarkan nasi menjadi bubur..ketika itu, sudah tidak bermakna apa-apa lagi.. menangis air mata darah pun tiada guna...

CINTA itu boleh...mungkin satu hari yaya pun akan bercinta macam kamu semua.. tapi, ingat ada batas-batasnya.. yang penting ingatlah CINTA PADA ILAHI ADLAH CINTA YANG KEKAL...


Renung-renungkan dan selamat beramal...

p/s: Hanya sekadar peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan... hope enjoy!!! maaf jika ada kesalahan dalam entry ini.. niat yaya hanya sebagi peringatan...salam sayang semua...


Monday, December 5, 2011

KaU aNuGeRah BeRh@rGa LaG! bErNiLa!

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulilah...yaya masih berkesempatan untuk menulis pada hari nie... hari tu kita sambut MAAL HIJRAH..hari nie dah 10 muharam pun.. ada ke followers atau readers yg berpuasa hari nie??? kalau ada alhamdulilah.. semoga setiap ibadah yang kita jalankan mendapat berkat..amin..so, berbalik pada tajuk hari nie... emm mesti semua tertanya tanya apa cerita di sebalik tajuk tersebut... tiada kaitan dengan hati dan perasaan ye.. hehehe i means LOVE... no3...

Maksud yaya anugerah yang berharga itu adalah MATA.. ya, kita semua dianugerahi sepasang mata... betul tak MATA adalah sangat berharga pada kita... tanpa mata kita tidak dapat melihat apa yang kita nampak sekarang.. bersyukurlah kita yang dianugerahi mata... ada di kalangan kita yang tidak dapat merasai kenikmatan untuk melihat... tapi, itu semua kehendaknya.. Ketahuilah bahawa sepasang mata dijadikan oleh Allah SWT untuk kita mempunyai banyak faedah sama ada di dunia mahupun di akhirat.

MATA punya banyak faedah.. jadi, kita wajar menggunakan anugerah ini sebaik mungkin... antara cara kita menggunakan MATA ialah melihat Al-Quran, melihat jalan ke masjid dan ke tempat menuntut ilmu. kita patut menggunakan MATA untuk melihat pekara yang baik dan menghindari dari melihat perkara yang dilarang ALLAH.. contohnya, memelihara dan mengawasinya daripada melihat setiap yang haram seperti melihat perempuan yang lain selain isterinya, hamba sahaya dan muhrimnya, dan juga melihat remaja yang muda belia umpama melihat aurat lelaki dan seumpamanya. Oleh sebab itu, hendaklah sentiasa mengawasi mata kita daripada melihat dan memerhatikan setiap yang haram tersebut.

hal ini kerana ALLAH telah berfirman:

"Katakanlah wahai Rasulullah kepada orang-orang yang beriman lelaki, "Hendaklah mereka memejamkan (menahan) pandangan matanya (melihat yang terlarang yang tidak harus kamu melihatnya) dan memelihara kemaluan mereka (jangan berzina dan pasti mereka menjaga kemaluan mereka daripada perlakuan sedemikian) itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat (sama ada zahir maupun batin mereka akan diberi balasan atas perbuatan mereka itu)".

Ayat tersebut mengajar kita agar berkelakuan baik di samping memberitahu dan menimbulkan rasa takut kita untuk melakukannya. Kita diajar supaya sentiasa beradab dalam apa jua situasi.

"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, pasti mereka menahan dan memejamkan pandangan mata mereka daripada melihat sesuatu yang terlarang dan tidak halal dipandang".

Allah SWT menyuruh hambaNya supaya berkelakuan baik iaitu mengawasi matanya daripada memandang yang haram dan menjaga kemaluannya daripada yang tidak halal.

Oleh sebab itu, wajib ke atas setiap hambaNya menjunjung perintah Tuhannya, dan jika tidak sudah pasti ia akan berkelakuan jahat dan memang wajarlah ia dimurkai dan diseksa.

"Menahan pandangan mata dan menjaga kemaluan itu adalah lebih suci bersih bagi mereka".

Allah SWT mahu hambaNya memejamkan mata dan memelihara kemaluan untuk mensuci bersihkan hati daripada segala dosa dan untuk memperbanyakkan lagi sesuatu amalan yang baik.

Sementara menimbulkan rasa takut (menakutkan), Allah SWT berfirman, "Sesungguh Allah Taala Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat sama ada zahir mahupun batinnya".

Allah SWT akan membalasnya apabila ia berkelakuan baik, pasti ia akan diberi balasan pahala, kesenangan syurga. Sebaliknya jika ia memiliki kejahatan, pasti Ia akan dibalas dengan balasan seksa dan api neraka berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ghafir (Al-Mukmin) ayat 19 :

"Dia (Allah Taala) mengetahui (pandangan) mata yang khianat (pandangan yang terlarang seperti melihat wanita yang bukan muhrim) iatu mata itu mencuri memandang kepada yang haram dan terlarang. Dia mengetahui apa-apa yang disembunyikan oleh hati yang bercita-cita sama ada untuk melakukan kejahatan mahupun kebaikan".

Nabi SAW juga ada bersabda :

"Sesungguhnya memandang ke tempat yang elok (yang mengghairahkan) daripada tubuh badan perempuan itu umpama anak panah yang beracun daripada segala anak panah iblis (yang amat cepat merosakbinasakan seseorang).

Maka sesiapa yang meninggalkannya kerana berasa takut kepada Allah Subhanallahu Taala, nescaya Allah Subhanallahu Taala mengurniakannya rasa kesedapan amal ibadat yang menggembirakannya (yang menyukakan hatinya)".

Hadis di atas diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Hudzaifah RA dengan menghukumkan sanadnya itu adalah sohih.

Sabda Nabi SAW :

"Bagi setiap anak Adam (manusia) itu ada bahagianya daripada zina. Maka kedua-dua mata itu berzina dan berzina kedua-duanya. Memandang ke arah yang tidak harus (haram) dipandang. Dan kedua-dua tangan itu berzina dan berzina kedua-duanya menampar (menerkam) pada bahagian yang terlarang.

Dan kedua-dua kaki itu berzina dan berzina kedua-duanya berjalan ke tempat yang haram. Mulut itu berzina dan zinanya mengucup yang tidak halal dikucup. Hati itu yang ada keinginan dan cita-cita dan membenarkan yang sedemikian itu oleh kemaluan (faraj) untuk melakukan perbuatan zina atau mendustakannya (tercegah daripada keinginan untuk melakukannya".)

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Baihaqi daripada Abi Hurairah RA. Hadis tersebut membuktikan bahawa punca berlakunya zina itu adalah daripada pandangan kedua-dua mata.

Firman-firman serta hadis di atas menunjukkan bertapa pentingnya kita memelihara mata... ia merupakan amanah ALLAH kepada kita hambanya...oleh itu, kita perlulah menjaga mata kita sebaik-baiknya...

ok, ni saja entry untuk hari ini..yaya nak sambung study balik.. korang semua doakan yaya ye.. final yaya dah dekat.. yaya takut and risau..semoga hidup kita diberkati..erm, nanti yaya update lagi k.. sekadar berkongsi maklumat... hope enjoy!!!

THANKS FOR READING!!

Saturday, December 3, 2011

!KhLaS

Assalamualaikum...

salam rindu kepada semua rakan2 follower.. maaflah dah lama juga tak menulis di laman hijau nie... last update masa MALAYSIA menang bola hari tu je.. bukan apa yaya sibuk sangat.. so im very sorry my dear... tapi, sebelum pape yaya happy sangat sebab projek breed valanga yaya dh berjaya.. dah ada baby dah... suka3!! eheheheh ok2, kita kembali pada tajuk ok.. pasal valanga tu nanti yaya buat entry khas...

ikhlas... hurm pekara yang sangat susah untuk kita tahu.. semua orang boleh cakap..." weh, aku ikhlas la.... i ikhlas sayangkan u(pasangan kapel).. saya iklahs derma untuk rumah anak yatim tu"... tahukah kita sejauh mana keikhlasan seseorang itu??? mampukah kita nak menilai??? tahukah kita ciri-ciri orang yang ikhlas bagaimana?? ya, kita tidak dapat mengukur sejauh mana keikhlasan seseorang itu..

Ikhlas bermaksud, menumpukan niat bagi setiap kerja ibadat atau amalan semata-mata kerana Allah dan untuk Allah. Ikhlas yang sebenar-benarnya ikhlas sudah tentulah bersih hati daripada unsur riya', nifaq dan ‘ujub. Terdapat beberapa ayat al-quran yang menerangkan tentang ikhlas..

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dalam mengikhlaskan agama (ibadah) kepada-Nya”. (Surah al-Zumar:11); Katakanlah: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepada-Nya”. (Surah Az-Zumar:14);Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepada-Nya. (Surah al-Bayyinah : 5).

ikhlas ini hendaklah ada pada diri kita tidak kira apaun pun yang kita lakukan... ikhlas menjalankan setiap ibadah.. setiap apa yang kita lakukan hendaklah mempunyai niat yang ikhlas... Tanpa keikhlasan takkan bererti apa-apa amal seorang hamba. Tidak akan ada nilainya di sisi Allah jika tidak ikhlas dalam beramal.

CIRI-CIRI ATAU TANDA-TANDA HAMBA YANG IKHLAS..

. Senantiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, baik dalam keadaan sendiri atau bersama orang banyak, baik ada pujian ataupun celaan. Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Orang yang riya memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin bergairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”

Perjalanan waktulah yang akan menentukan seorang itu ikhlas atau tidak dalam beramal. Dengan melalui berbagai macam ujian dan cobaan, baik yang suka maupun duka, seorang akan terlihat kualitas keikhlasannya dalam beribadah, berdakwah, dan berjihad.
Al-Qur’an telah menjelaskan sifat orang-orang beriman yang ikhlas dan sifat orang-orang munafik, membuka kedok dan kebusukan orang-orang munafik dengan berbagai macam cirinya. Di antaranya disebutkan dalam surat At-Taubah ayat 44-45, “Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya.”
2. Terjaga dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia atau jauh dari mereka. Disebutkan dalam hadits, “Aku beritahukan bahwa ada suatu kaum dari umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang beterbangan. Mereka adalah saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang jika sendiri melanggar yang diharamkan Allah.” (HR Ibnu Majah)
Tujuan yang hendak dicapai orang yang ikhlas adalah ridha Allah, bukan ridha manusia. Sehingga, mereka senantiasa memperbaiki diri dan terus beramal, baik dalam kondisi sendiri atau ramai, dilihat orang atau tidak, mendapat pujian atau celaan. Karena mereka yakin Allah Maha melihat setiap amal baik dan buruk sekecil apapun.
3. Dalam dakwah, akan terlihat bahawa seorang dai yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan terealisasi di tangan saudaranya sesama dai, sebagaimana dia juga merasa senang jika terlaksana oleh tangannya.
Adalah wajib kita mengerjakan amal ibadat dengan ikhlas dan hendaklah sentiasa sedar, bahawa tergeraknya hati dan anggota kita mengerjakan ibadat itu adalah di bawah taufik dan hidayah Allah Taala. Dengan hal yang demikian, amalan kita, insya Allah, akan diterima dan disempurnakan pahlanya oleh Allah Taala. Sebaliknya, jika kita tidak ikhlas mengerjakan ibadat dan merasakan segala tindak-tanduk mengerjakan amalan yang baik itu adalah berpunca daripada diri kita sendiri, maka kita terjatuh ke dalam riak dan ujub. Riak, ujub dan nifaq itu membinasakan amal ibadat yang berkenaan; sedangkan ikhlas sering menjernihkan kekeruhan segala amalan, menghapuskan ingatan dan keinginan kepada segala kesukaan dan kesenangan (kepentingan nafsu sendiri) dan mengekalkan perhubungan dengan Allah Taala, terutama kalau kikhlasan itu ikhlas beramal. Selain itu ikhlas juga menjadi benteng untuk mempertahankan diri daripada godaan atau tipu daya syaitan.


p/s: sama-sama kita renungkan untuk kehidupan masing2... yaya bukan nk jadi ustazah kt sini.. sekadar berkongsi...

wassalam... ada masa yaya update lagi ye... hope enjoyzzz