Friday, February 25, 2011

FuH..... c@M kAt OvEr C laaaaaa.....


Korg jgn pelik2 ea.... ni cebeno2 aq nk contnue story trip batch aq yg td la... hahahahaha... pas hbs g lwat kt pusat pertanian kitaorg g mane nk thu???? g mkan la.... cantekk giler la tmpt die der..... tenag je... tpi, elok pas mamam je ujan lebat.... huuhuhuh.....


Pas sejam gak arr hjn benti... rezeki ALLAH bg kitaorg ase hjn.. sejuk je... jeng2.. stat la lik trip.. ni kita org ni g ladang anggur.... xcited ni.. xsabo2 den.....pabila dh smpi... perh!! bapak ar... kt over c kew nie???? hahahahah....





rumah anggur...

dh cm kt LONDON nie ha... hihihihihi


Sedap kot... tpi, syg kit la..xleh nk petik.. t rosak pokok... hihihihi



anggur hitam..fresh d pokok....


anggur dh dbungkus... RM12.50...


pas g ladang anggur..dpt seba ckit mklumat...jaln lwat ldg..kul 6.30 kmi poun gerak balik..... memg bez la... walaupun dkt je trip kali ni..tpi, ENJOYZZZZZ..... pepun, I LOVE SO MUCH BATCH 73.... PROUD TO BE PLANTERS!!!

pErT@N!aN sAtU !BaDaH....

Detik 24 febRuary 2011..tepat jam 8.30 pg.. hahahahah... giler suspenzzz.... aq n my laply batch(BATCH 73) telah bertolak dr UiTM Arau ke Sik... kitaorg 1 batch de trip under sylybus subject AGR161 (Soil Science).....

ni gelagat tnggu bus

dh seblm bertolak de tklimat dr PENGARAH LAWATAN iae2 EMZ...aka edin... seblm nk bus al-asri bha membc doa agar perjlnan batch kitaorg selmt pg n balik.... bermula lah perjlnan kami bila dh nk bus... jeng2 axsi2 dlm bus....Mcm2 akxi2 la lam bus..





ahhahahah... hmpir 2jam gak arr duduk lam peot bus kitaorg smp kt PUSAT PERTANIAN BATU SEKETUL... memg batu die de satu je der.. ahahahahah.. luas kot tmpt die... 46hektar....



mcm2 jns tumbuhn de kt pusat pertanian ni... tpi, tym kitaor mlwt pnzz kot.. hohohoho.. plus plk. cni line xde... CELCOM ke MAXIS ke DIGI ke.. same jew.. haahhahaah


ni la DONUT... hahahaha



kt kawasan tnaman herba....






KENANGAN BATCH 73 DI PUSAT PERTANIAN BATU SEKETUL

boleh ke???? xboleh ke??? kompius la....



salam..... hai semua... sorry lama mnyepi.. bkn xrnd kt grenland ni.. tpi, bz la... huuhuhuh.. rini aq xsbk.. tpi, xbpe chat.. pepun, sbb rnd sgt aq ngadap jg lappyku nk update jg grenlandz story mory.....

Korg semua chat ke??? xcely aq xth nk write bout wat... pk pny pk aq ase cm nk cite sal bnd ni... sbb aq kdg2 konpius jg ble dgr mslh ni.. hurm.... skunk kn tp hri kita leh bc kt newspaper sal ank luar nikah la.. damping baby la... n bnyk g... sbb wanita islam... sbg remja... n sbg wanita yg pnya sft keibuan aq sdh... syu n tkt bila bc semua tu...


Soalan
.Sesungguhnya permasalahan ini amat berat. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat. Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam dan tulisan ini.
.
JAWAPAN
.
Telah agak lama saya terima soalan sebegini dan agak kerap juga. Jika ia hanya sekadar soalan ilmu yang bersifat amat jarang berlaku, ia tidaklah mengapa tetapi yang amat saya bimbangi adalah berdasarkan kekerapan soalan ini diajukan menimbulkan andaian bahawa kes begini sering berlaku dalam masyarakat kita.
Ini bermakna, agak ramai wanita dan lelaki yang telah terlanjur sebegini dan kemudian baru terfikir hukum bagi menyelesaikannya. Sebagai manusia biasa, saya agak geram bila diajukan soalan ini. Hinggakan agak kerap juga saya menjawab dengan mudah iaitu. "Hukumnya sememangnya menyukarkan, jadinya lain kali jangan berzina" demikian jawapan semasa geram saya.
.
"Ini kerana jika sememangnya tiada "manual panduan yang normal" hukum yang mudah bagi menjawab keadaan sedemikian, sama seperti seorang yang datang mengadu kepada seorang mekanik kereta apabila kerosakan enjin keretanya" Setelah diselidiki , didapati enjin rosak dengan amat fatal, apabila ditanya apa sebab enjinnya seteruk ini rosaknya, maka si empunya kereta memberitahu :-
"Kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol"
Saya kira sudah tentu mekanik itu juga merasa ‘bengang' dengan perangai ‘kurang cerdik' tuan punya kereta. Kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu adalah mahal dan sukar,tuan punya kereta mulalah membebel dan marah-marah serta menuntut kos pembaikan yang mudah dan murah.
.
"mana boleh murah dan senang kalau gini, dah hang yang teruk sangat jaga dan guna kereta. Kalau nak murah..LAIN KALI JANGANLAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI PETROL NI OK !" kata mekanik meradang apabila diminta membaiki kerosakan berat itu dengan kos murah.
Inilah seolah-olahnya radangan saya juga di peringkat awal dulu. Dah berzina hingga mengandung, barulah sibuk ingin memikirkan hukum halal haram dan kesannya. Maka sudah tentu penyelesaiannya juga agak sukar sebenarnya. Bagaimanapun, bagi memberikan penghargaan kepada pasangan yang telah bertawbat, maka inilah jawapannya:-
.
Apabila seorang lelaki dan wanita itu telah bertawbat dengan tawbat yang benar, dan berkahwin semasa si wanita itu sedang mengandungkan anaknya secara pasti. Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya. Mazhab Hanbali menjadikan tawbat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut. Ia berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3. Bagaimanapun majority ulama tidak menjadikan tawbat sebagai syarat sah pernikahan penzina tersebut.
.
HUKUM KAHWIN SEMASA ‘IDDAH DAN HAMIL
.Adapun berkenaan hal ‘iddah' dan bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah.
Hukum asal bagi perkahwinan dan perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya ‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru.( Al-Ikthiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/78).
.
a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam
Keadaan Suami Masih HidupTempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :-
Ertinya : "Dan wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci " ( al-baqarah : 228 )
.
b) Tempoh Iddah Wanita MengandungTempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin. Ia berdasarkan firman Allah SWT :-
وأولات الأحمال أجلهنّ أن يضعن حملهنّ
Ertinya : " Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya"
( At-Talaq : 3)
.c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati
Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :-
والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجاً يتربصن بأنفسهنّ أربعة أشهر وعشراً
Ertinya : Dan bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu dan meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari" ( Al-Baqarah : 234 )
Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah :
ولا تعزموا عقدة النكاح حتى يبلغ الكتاب أجله
Ertinya : "Dan jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) " (Al-Baqarah : 235 )
.
Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram. Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah.
Demikian tadi hukum yang standard bagi seluruh umat Islam. Secara mudahnya, inilah hukum normal bagi keadaan normal. Sebagaimana manual dan panduan bagi sesebuah kereta yang rosak normal. Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si mekanik.
.
Kes Zina Bermasalah
.Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung' akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain. Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.
.
Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina.
( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)
.Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.
Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :
Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati"
.
Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :
.لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح
Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)
Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.
.
Lagi Displin Khas
.
Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.
Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya :
.
"Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)"
( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)
.Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah.
KESIMPULAN
Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.



p/s: hope korg dpt mklumat.... pepu, sbg umat islam elakkan lah.. firma ALLAH "jauhilah zina".
..

Thursday, November 11, 2010

@kU pErLuKaN C!nT@ BuK@N LeLaK!......





hye!!!!!!!!!!!!!!! uhhuhuhu....hari ni OTAK +FIKIRAN ku bercelaru...hurm..xq pun xthu knp.. bkn rini je...dri semlm...n asik kuarkan ayat "AKU PERLUKAN CINTA..BUKAN LELAKI.."hahahah..plus hari ni aq rase sedih la... rasa bosan... kosang je... tambh2 xde :BEROKBAND" xdpt nk on9... lps study tgk movie...dh la movie yg sama... lalalalala..giler bosan kan????

korang nk tahu x mane aq dpt idea sal tjuk aq ni??? ihhihihihi.. korg tgk x citer LAGENDA BUDAK SETAN??? hah, ni la ayat yg c kasyah ckp kt amy 2..hihiihhi...tapi, aq tkr la.. aq kn gurl... kikikiki.... tapikan, btl la..aq rase skunk kn zmn yg sgt sush nk dapat "CINTA" btl x????

Bagi perempuan maybe dorg dpt lelaki...lelaki dpt perempuan..tpi, de korg pk dapatkah korg CINTA?????????????hurm... bak kata nabil: LU PK LAH SENDRI!! waakakakakaka


sebeno-benonyer...aq xthum pn pe motif aq bt story ni.... tapi, memg ayat ni yg bermain d pkrn aq dari semlm... korg rase npe ea?????? bila makin aq fkr...aq mkin keliru... rase sdh pun ade..... rase cam ne tah... hahahaha... GILER APE???? oh no!!!! wei, dh2 aq ni ngarut ja... dh la final x hbs g... de 1 g paper.... alolo.... hahhaha...relax2 luahkan dulu isi tersirat n tersurat kt GREEN LANDZZZ ni..jap g study... lallalaal




ok2...aq rase...aq agak2... aq asyik pk bnd ni sbb aq tgh mencari CINTA SEJATI.... bilakah akan bertemu???????????? woi NADIA!!!!!!!!!!!!!!!!! pehal ko ni???? dh2 blaja xhbs g... diploma bru 2 sem... jgn nk ngarut..... hahahha(sedarpun)....dh 2 ko 2 layak ke tuk BERCINTA?????? (lu pk la sendiri....)....

hahahah...tapi, bila bercinta kdg2 berakhir dgn perpisahan.....jgn bersedih...setiap apa berlaku ada hikmah... n ade sbb knp ALLAH temukan kita dgn org yg slah... hah, korg bace artikel ni ok!!!!

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
~ALLAH knows BESt!~♥

hah, dh bace???? c, de hikmah ats pe yg berlaku... so, lau yg kapel pas2 break up..jgn sdh2...de hikmah....ok, 2 je... ddaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......... hope enjoyzzzzzzzzzzz!!!!!!!!!!






Tuesday, November 9, 2010

2P.....PeN@T + PeL!K????




hurm............huuuuaaaaaaaaa..... i miss my GREEN LANDZZZZZZZZZZZZ!!!!!!!!!!!!! sorry la... aq sibuk...pus aq xbyr bil berokband aq...hahahaha.. 2 yg xdpt on9... ok2.... aq sebenarnye...xthu nk cite pe...... bnyk sgt yg aq nk tlis smp xthu nk tulis pe....... juz aq rase aq pnt......................... penat sgt3..... uhhuhuhu.. bermula dgn al-kisah banjir yg melanda PERLIS....so, aq pun terkena jg... hiihihhi.... disebabkn bnjir yg berlaku kt perlis ni aq gn kwn2 kt UiTM arau menjd mangsa bnjir.... hujan yg lebat selam 3 hari bt PERLIS yg kecik ni bnjir.... gara2 bnjir yg teruk semua kwsn xde air... 4 hari kot!!! giler siot la...dh la final... memg dugaan...tp, sbr3... ade hikmah tu... so bile xde air bermula la kisah menagangkut air...... beratur je......memnjag...berebut2...dgr bnyi lori air semua lari...hahahahahaha...... nsb baik bilik aq aras 1 je...xpnt angkut air....aq demam tym xde air 2... yela...aq ni jns xblh xbshkn kepala...sbb nk jimt air.. mnd bshkn bdn je...hahahhaahahh(tpi,aq wng k..)llalalaal... hurm... dh la xde air... mkanan xdpt msk.... mkn roti je... las2 duit kt atm pun xe weh.... gile la.... lapo eden!!! tp, alhamdulilah...rzeki... UiTM kampus SHAH ALAM n PENANG dtg beri bantun...syukur.... hurm...lps 4 hri...air dh de...lega... juz duit je kt atm xde g.... hahahahah... ok2... 2 hal penat dugaan banjir... lps pd 2 aq penat study maaa.... smp demam2 study tuk fizik.... hahahahahah...gile la an???? korg nk dgr cite x???? lps hbs paper fzik aq tgl 1 g paper...paper AGR 112...lalalalalal.... so nk study la kn.... aq pun g la study semlm ni ksh ni... g study kt BILIK PERSATUAN gn kwn2 aq.... hjn trun tym nk blik kolej...lalalalal... jln pnya jln smp dh kt kolej... nk tngga... nk msk bilik ntah cm ne...."GEDEBUK" nangka bucuk jtuh ma.....(aq la)... sakit gile wei.... tapi... LAPPY aq dulu yg aq selmtkn... hahahahah...dlm sakit2 sempat gelan... adoi...nadia2... dh la LUTUT cacat dh... kekekeekek...jtuh plk.... pas2 xpela... sakit bdn2 ni... ase pent je...aq pun msk bilik ltk ubt...tito... hahahah...n hari ji aq bgun pagi.... ase sengal satu bdn...tapi rini dh niat nk bersihkn bilik..yela nk bt clearance... cuci bilik sorg2 weh... hahahhaha....ops!! sorry... pnjg la plk... almklum la lme xon9..hahahha..aq cuci sorg2 sbb xde rumit....huhuhuhu....penat weh...dh skit seblm xok lg...lalalalal...xpe2 dugaan...sbr... pas2 ni hah... aq g sewa BEROKBAND kwn aq... rnd kt GREEN LANDZZ nila... lalalal... aq pun bka fb sekali... hurm... aq memg terkejut!!! tahu knp??? bkn tu je... ni la yg aq ckp PELIK.... org yg aq ase aq "SAYANG DIE" htr msj kt fb... bapak la.... adoi... tpi, aq sgt2 pelik dgn kata2 die... hurm... papepun biarkan..... aq mls nk fkr... lalalalal..... "MENCINTAI SESEORANG TAK SEMESTINYA MEMILIKINYA"...kan3????? so, biarkan.... aq juz doakn die bahagia... yup... memg aq syg die!!! argh!!! dh2 ngarut plk.. hahahahahahah... ok2.... 2 je aq nk tlis.... aq ase penat... ops!!! ubat xmam lg la... hahahhaah... besala kan... tua2 ni..tua ke???? ok3... nk g mam nsi... ubt.. nk tdr jap... jap g nk study plk............. btw, thanxx read diz!!!!!!!!!!!!!!!! DAAAAAAAAAAAAAAAAA.... muahxxx

Monday, November 1, 2010

C!nT@.....WuJuD KeW???



hurm... tetiba aq rase sdh.... i feel like i need someone as my....... hahahahah fhm2 la... tpi, wujud ke cinta tuk aq?????? hurm... setiap manusia perlukan satu sama lain kan???? same wif me.. i need a MAN.... (bapak ah, ngaku kot)...lalalalalla.... yela, aq pun wanita biase... manusia biasa... aq pun nk kasiah syg cm org lain jg an.... biasalah... setiap wanita perlukan lelaki... tapi, kdg2 aq terfikir... MENGAPA WANITA PERLUKAN LELAKI??? ye, 1st memg lam agama kita ckp lumrah hdp seorg perlu lengakp..jadi permpuan perlu laki..laki perlu perempuam... sedangkan nabi Adam.a.s diciptakan Hawa sebgai teman hdp..inikan kita manusia biasa... erm..xtually aq bkn nk cite ksh cinte ke ape.. aq nk kongsi 1 bende gn korg..hohohoho... jeng2... korg bace la artikal kt bwh ni.......

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

p/s: hahahahah korg dh bace???? 2 je aq nk kongsi gn korg...renung2kan... huhuhu...